Monday, August 29, 2005

Untuk Seorang Perwira

ditujukan khas untuk adikku Ammar yang akan berangkat ke Jepun awal tahun depan..semoga beroleh segala yang dicitakan dan menjadi hambaNya yang soleh..

Untuk Seorang Perwira


Saat Malam Melucut Bajunya
Dan Siangkan Bermandi Keringat
Dan DIA Yang Hadir Di Penjuru Harap
Jadilah Dirimu Pengemis Cinta
Memohon di Celah Titis Hujan Lebat
Dan Telingamu Kan Melihat
Matamu Kan Mendengar
Kelak Hatimu Mengerti
Carikan Untukmu Sumur
Diladang Kontang

Dan
Saat DIA yang Mengetuk Debar Jiwamu
Dengan Jari Telunjukmu
Kau Bunuhlah Cinta Dunia
Ke Kuburan Fana
Singgahkan Kau Awan Rahmat
Ke Mantiqah taklukmu
Limpahkanmu Rahmat
Tumpahkanmu Berkat

Saat Kau Menjadi Puncak Gunung-Ganang
dan Lautan Terbentang
Kau Dakaplah Kerinduan Hatimu
dan Saat Itu Kau Adalah
Perwira Dalam Dirimu Sendiri

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah..
Syukur pada Allah..
Tahniah buat Ammar..
Abgchik tumpang berbangga dengan kejayaanmu..
Hebatnya ahli keluarga sha ni..
Semuanya mantap2 belaka..

Buat seorang perwiraku..
Ammar..
terimalah puisi ini dari abgchik :

Perwiraku...
perjalananmu itu masih tiada noktahnya lagi..
terlalu banyak duri dan pancaroba
yang harus kau merentangi dan hadapi..
kekadang jiwa disapa derita..
dan kekadang jiwa terasa kecewa..
namun lidah kelu untuk bersuara..
hanya tangisanmu menjadi teman setia...
Maka tabahkan hatimu menghadapi segalanya..
kerana hujan pasti kan reda..
mentari pasti memancar sinarnya..

Perwiraku...
pengalaman hidup ini yang akan mendewasakan kita..
mengajar kita erti tabah dan redha..
juga meningkatkan iman di dada..
ia mampu melahirkan keinsafan dijiwa..

Perwiraku..
kita hanyalah hambaNya..
Berjuang sebagai khalifahNya di dunia yang fana..
Maka kau ingatlah perwiraku..
ujian tetap kan datang dariNya..
Walau di mana kau berada..
Namun..
tentu ada hikmah di sebalik segalanya..

Perwiraku...
Kau hadapilah ia..
jadikan ia pengajaran yang berguna..
sebagai panduan dan pedoman seumpama kau di dalam hutan belantara..

Perwiraku...
teruskanlah usaha dengan azammu yang membara itu..
tanamkan tekad di dalam dadamu..
di samping doa kudus untuknya kau ungkapkannya selalu..
moga diberkati segala usahamu itu..

Ingatlah perwiraku..
kerana Allah itu Maha Kaya..
Maha Mendengar rintihan hambaNya..
kejayaan tidak hadir sekelip mata..
datangnya ia bersama titisan.. keringat dan air mata..

Perwiraku.....
Kau harapan agama..
Daku turut berbangga..
kejayaanmu itu paling berharga..
kau dah berjaya di dunia..
Teruskan usahamu..
agar kau bahagia di akhirat sana
kerana ia..
negeri yang kekal selama-lamanya...