Tuesday, May 10, 2016

Tentang Rasa 2

Sebaik-baik rasa itu adalah
      Kau dapat berasa
              Rasa yang kau mempunyai rasa

Rasa itu nikmat yang dikecap
      Diingat, dikenang dan diucap
             Duka, sengsara dan derita
                     Suka, bahagia dan gembira
                               manis, masin dan pahit
                                          tawar, masam dan kelat.


Rasaku, masaku, impiku dan jadiku
adalah kehidupan yang panjang
adalah kematian yang menjadi noktah.


Apabila hatimu dapat berasa
bersyukurlah dengan sepenuh jiwa
sebelum rasa itu binasa

10052016

Asfa, Syakir & Syauqi



Ahmad Syauqi



Asfa Solehah



Ahmad Syakir

Friday, October 04, 2013

people come and go...
 
antara peristiwa penting yang berlaku tahun ini
 
 
azim (berkaca mata) my lit brother melanjutkan pelajarannya ke Jordan pada awal sept lalu..mendapat tajaan MARA dan mengambil jurusan perbankan Islam..mmg sangat sedih walaupun dengan dia nak bercakap pun susah sangat..tapi dia adalah adik yang tetap sampai bila2 adik kecil bagiku yang sangat manja..masih lagi teringat masa kecil2 dahulu aku yang selalu ambil dia balik dari sekolah dan mesti beli aiskrim kelapa..azim masa kecil sangat ceria dan peramah..semoga azim Berjaya!!


my dear friend nurazela pergi meninggalkan alam pendidikan..she decided that and we accept and respect her much!! alangkah banyaknya kenangan kita bersama dibumi ulum..susah senang menangis ketawa bersama..smg hidupmu lebih bahagia dan ceria di samping suami dan insan yang baru lahir kedunia..all the best 4 u friend!!


all things happened so fast..syakir is almost a year and has learns so many things..never forget his bright smile ..happy son!!

same to asfa..apparently she learns many things at school..write down her name also umi ayah and syakir full name correctly made me so proouuudddd!!! even she can write 1 to 10 well..in 4 years old she can do all that..memorized doa dhuha, doa qunut, doa wearing uniform, alfatihah, ayat kursi and etc..she also very sensitive with other feelings..she can know if her umi sad or happy..umi proud of u my lit kid!!!

as for my life everything goes smoothly.. just get ready and doing my best for next life in hereafter..'

thanks Allah for giving me all these...Alhamdulillah!!!

Thursday, September 05, 2013

Hujan Lebat

Hujan..

saat dan waktu ini pasti akan dirindui.. 

hujan lebat di al-ulum..


h

my Asfa and Syakir..

Asfa Solehah n Ahmad Syakir... umi love both of u!








Rindu itu adalah....

lama tak update blog ni..dari sehari ke sehari nak buat tapi mesti ada benda lain yang nak di buat..dah macam annual update je..setahun sekali je menulis.. apapun, masa berlalu begitu pantas merubah diriku menjadi semakin dewasa..usia blog ni je dah mencapai 8 thn apa lagi usia aku yang dah lepas 30an ni..semakin hari hidup semakin mencabar dengan duri onak rintangan dan jalan yang berliku2..syukur kerana Allah masih lagi memberi aku peluang untuk terus bernafas menjalani hidup sebagai hambaNya..Ya Allah, kuatkan hatiku untuk aku menempuh jalan yang entah jauh entah dekat ini..

Rindu itu adalah pada hati yang telah lama pergi..

betapa pantas masa berlari meninggalkan 

rindu itu masih kekal segar dalam diri

berharap dalam doa yang tidak pernah lelah

agar rindu itu terus bersemi..

Ya Allah, aku amat merindui kekasihMu Muhammad...
ingin aku berjumpa dengannya mengucap syukur tidak terhingga
mencintai kami yang alpa dan leka..
mengasihi kami yang hina dan berdosa..

syukur Ya Allah 

Dia masih ada dalam hatiku..

Dia masih ada dalam rinduku..


Friday, August 03, 2012

Ramadhan...

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan menjadi penghuni ramadhan untuk kesekian kalinya..bulan yg penuh kemuliaan dan keberkatan, ujian ramadhan kali ini amat menguji iman dan kesabaran..ya Allah, tabahkan hatiku untuk menghadapi semuanya..sesungguhnya redhaMu yg aku damba..amin ya rabb..

Monday, April 09, 2012

asfa and my beloved..




blog yang menjadi teman

mungkin selama ini disebabkan aku tidak mempunyai teman rapat yang terlalu rapat denganku membuatkan aku tidak dapat menjadikan blog ini sebagai teman karibku..

blog ini mungkin persis seorang sahabat yang sentiasa mendengar isi hati dan menjadi tempat untuk aku pamerkan segala kegembiraan dan apa yang aku alami..namun 'dia' tidak dapat menjadi seseorang yang terkesan sehingga bukan semua waktu aku perlu berada disisinya..

semalam (semasa berkursus di Flamingo Hotel selama 3 hari) ada beberapa teman sejawatku yang mempromosikan blog masing-masing dan menceritakan semua berkenaan blog, aku cuma mendiamkan diri dan tidak memberitahu langsung aku ada blog..mungkin sbb aku malu atau apa sebenarnya aku sendiri tidak pasti..

apapun yang pasti, aku bukan menulis untuk mempamer kehebatan diri...semua perasaan baik dan buruk hanya yang pasti adalah untuk aku baca sendiri dan aku tidak pernah hairan atau rasa tidak puas hati apabila blog ini tidak banyak follower macam blog-blog yang lain...mungkin blog ini suatu hari nanti menjadi tatapan untuk anakku melihat diriku setelah aku tiada nanti...:) dan aku pasti sebab itulah aku selalu menulisnya disini...

untuk seseorang yang membina blog ini untukku, terima kasih banyak2..jazakallahu khairal jaza'..

untuk diriku, rakan-rakan dan sesiapa yang mengenali diriku, ingatlah, kehidupan hanyalah sebuah persinggahan yang kita mesti untuk berjalan dan bangun semula menyambung perjalanan kita ke sebuah destinasi yang kekal abadi...

:)


TENTANG RASA.....

rasa itu datang dan pergi
tidak mengira masa dan situasi
antara keinginan dan keizinan
rasa itu kerap menjadi kebenaran

pasti,
rasa itu datang dan pergi
berjalan, berlari dan terbang tinggi,
menemukan hasrat
di atas butir-butir kalimat
melimpahkan hujan bakti
di lautan nikmat


kemudian,
rasa itu menjadi kekal
rasa itu merubah akal
rasa itu menunjuk asal
penghuni rumah ilahi

Monday, March 19, 2012

Realiti dan Fantasi

alhamdulillah...bersyukur pada Allah yang telah memberikan aku kesempatan untuk bercuti panjang bersama keluarga..melaksanakan tugas2 sebagai isteri dan anak amat indah, menarik dan amat mencabar.

kembali ke Hutan Melintang bersama Asfa membuatkan aku berasa seperti kembali ke dunia fantasi yang aku tidak berapa ingin menyentuhnya malah lebih rela kalau ia bukan sesuatu yang perlu diharungi, namun tanggungjawab sebagai guru di sekolah agama disini terlalu besar ertinya buat diriku...sentiasa terbayang-bayang pelajar2 yang dahagakan ilmu yang perlu aku ajar dan didik mereka..bahkan mereka telah menjadi sebahagian dari hidupku..

kadang-kadang aku rasakan bahawa hidupku bersama keluarga yang jauh itu lah yang fantasi..atau realitinya kehidupan ku disini lebih besar maknanya dari kehidupan disana...

apapun tugas sebagai isteri, ibu, anak dan guru adalah jawatan yang perlu aku pikul dan bertanggungjawab untuk aku dedikasikan diriku ini untuk mereka yang berada disekelilingku..

juga, dalam kesemua jawatan itu, aku juga adalah hamba Allah yang kerdil yang padaNya sahaja aku berserah..menyerahkan segala cinta, kebahagiaan dan apa yang aku perloleh hari ini untuk aku sandarkan padaNya..

bukankah semua yang ada pada hari ini adalh pinjaman semata pasti suatu hari kelak semua ini akan kembali kesisiNya...

teruskan berusaha...samada realiti atau fantasi yang kita rasakan, inilah jalan yang telah kita pilih..

ya Allah, kuatkan hati-hati kami..