dipetik dari karya penyair tanahair...saudari tintatsukma di esastera.com
DERU
angin itu lanjur
mencium bumi,rakus
mengutus kelam dari perbukitan
derunya menyapu gunung
tegak,menghunjam
mengarak gumpalan awan
nan sombong
berdarahlah dada-dada luka
mengalir di keringat kerdil
bergelandangan jasad para syuhada
mengemis restu dalam kelu
angin itu tetap menyamar
dari taufan
yang tiada pernah sesal.
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi semata-mata kerana Allah.. Selamat melayari laman web ini,moga-moga kita sama-sama dapat berkongsi maklumat,artikel ilmiah dan pandangan semata-mata kerana Allah Taala...