Wednesday, February 08, 2006

Kemenangan HAMAS

Hadiah Tahun Baru Hijrah Buat Umat Islam


kemengan HAMAS dalam pilihanraya umum Palestin baru-baru ini adalah hadiah buat umat Islam sempena tahun baru Hijrah. Semoga dengan kemenangan ini memberi semangat buat pejuang-pejuang menegakkan Islam untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

firman Allah dalam surah An Nur ayat ke 55

"Allah menjanjikan orang2 beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai Muhammad ) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah2 yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang2 sebelum mereka khalifah2 yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)"

surah alkahfi ayat 28

"dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang2 yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata2 dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu dari mereka kerana mahu kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang2 yang Kami ketahui hatinya lali daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran serta menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran"

semoga Allah tetapkan pendirian kita dan memberikan ketabahan hati untuk terus berada di jalan yang lurus...amin