Thursday, September 14, 2006

thanks to mak dan abah















pic 1 : 14 sept 1983
pic 2 : the best man win...:)
pic 3 : with pak cam, pak cemi and pakcu..


untuk mak dan abah, terima kasih kerana melahirkan aku kedunia ini...:0 semoga Allah merahmati hidup kalian sehingga akhir hayat...:)

Thursday, September 07, 2006

to love is to feel the sun from both sides


berkongsi kebahagiaan itu adalah sesuatu yang paling indah dalam kehidupan....:)

- pic above : with 'his' afifah...seem agak kekok but ok becoz the baby does not crying...:)

still cannot attach the pics during my last convocation..maybe after 16th september..

The Garden Of Knowledge and Virtue..pasti tidak akan dilupakan..
prof Kamal Hasan ever said "to let the garden grows is ibadah..."
semoga segala waktu di UIA dulu menjadi ingatan dan bekalan yang berguna..

Saturday, August 19, 2006

Bulan Merdeka

31 Ogos kian hampir...rasanya baru lagi ku sambut hari merdeka tahun lepas. Tiada banyak bezanya perayaan menyambut merdeka tahun ini dan tahun lepas..mungkin tahun ini iklan2nya lebih moden. teringat kata-kata Editor Anis (Abu Hasan Morad)berkenaan jatidiri bangsa..negara-negara yang pernah dijajah 'kurang' menekankan aspek pembinaan jatidiri bangsa berbanding negara-negara yang menjajah dan tidak dijajah seperti China, Jepun...Mereka menanam pada anak-anak mereka sifat dan sikap cintakan bangsa dan negara sehingga betul2 sebati dalam diri generasi muda biarpun mereka itu belum boleh menafsir atau mengerti apa-apa...

mungkin sama seperti diriku, aku tidak tahu adakah aku benar2 memiliki jatidiri melayu islam yang benar2 tulen dan praktikal...pastinya telah bercampur dengan warna-warna luar yang hitam dan mengotorkan jiwa...astaghfirullah...

Ogos ini akan jadi lebih bererti....
28 Ogos- hari konvokesyenku...semoga hari itu akan menjadi kegembiraan buat aku, mak dan abah serta adik-adikku...dan tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan rakan taulan yang sekian waktu menyusur jalan yang berlainan arah..kami terpisah oleh jarak dan waktu...semoga sempadan itu tidak merenggangkana kami....the most people i want to meet is Kak Ida...miss her so much...

semoga september yang bakal tiba lebih indah dan bahagia dari tahun yang lepas2...mungkin kerana 'seseorang' yang sentiasa memenuhkan hatiku dengan perasaan bahagia dan gembira...:) syukran byk2..semoga segala usaha diberkatiNya...

Cinta itu ada sempadan
di kanan iman
di kiri nafsu
di depan ada dua jalan
satu yang lurus
satu yang bersimpang-simpang
di belakang
kisah-kisah silam

pilihan
ada di tangan

Tuesday, July 11, 2006

my munawwar n muaz

my little cousins...:)
Munawwar baru pandai bercakap...something precious when he knows to call my name and pronounce it correctly...cannot balik kampung if not with his favourite choclate..:)

Friday, June 30, 2006

the merlion and the hibiscus

"hero dies young.."
mungkin itu yang berlaku pada Usmal...wataknya dimatikan dan terlalu memberi kesan pada Izma..paling mengharukan wajahnya meninggalkan hasrat yang tidak tercapai...

convocation day is coming near..cannot wait until i can meet all my fellow collipse especially Kak Ida and her loving husband...:) dont forget to bring the pics...

Jadual umrah dan ziarah bagi 6 bulan berbaki
-Julai : Umrah / brunei
-Ogos : Umrah / saudi / biman / royal jordanian
-Ogos : Padang / Bukit Tinggi / vietnam / beijing
-sept : Umrah / Mas / biman /Gulf air
- Oct : Umrah /ndy

planning to further at master level at this coming nov but still a planning.. hati dan perasaan terlalu membara untuk kembali bertekun di meja study dan berkeliling dengan para cendiakawan dan karyawan...

for Kak Ida, takziah di atas pemergian ayahandamu...
for ajma, kemal dan atifah, tahniah kerana sudah bermilik

for the holy land that i really miss, salam alaika...biar aku mengumpul rindu agar setibanya aku dibumimu cinta akan menjadi padu..:)

Here In My Heart

sometimes there's a time u must say goodbye
though it hurts you must learn to try
i know i've got to let u go
but i know anywhere u go u'll never be far
cause like the light of a bright star
u'll keep shining in my life
u're gonna be right
Here in my heart...
that's where u'll be
u'll be with me
no distance can keep us apart
as long as u're here in my heart..
Wont be any tears falling from these eyes
cause when love's true love never dies
it stays alive forever
time cant take away what love we had
i'll remember our time togehter
u might think our time is through
but i'll still have u..
salam ingatan buat sahabat qiyadah 0405, dan buat qiyadah HM 0506 teruskan perjuangan kalian...sesungguhnya doa kami terus buat kalian..
juga buat seseorang yang telah jauh pergi, semoga Allah sentiasa merahmati dirimu
dan seseorang yang terlalu penting dalam hidupku kini, semoga impian yang dibina kelak menjadi nyata...amin

Friday, May 12, 2006

rumah opah


rumah itu kian usang dan sepi
namun disinilah aku mula kenal erti kasih dan sayang keluarga....

Thursday, May 04, 2006

Wind Of Change

I follow the Moskva
down to Gorky Park
listening to the Wind Of Change
An August summer night
soldiers passing by
listening to the wind of change

The world is closing in
did u ever think
that we could be so close like brothers
the futures in the air
i can feel it everywhere
blowing with the wind of change

on a glory nite
where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

walking down the street
distant memories
are buried in the past forever
i follow the Moskva
down to Gorky Park
Listening to the wind of change

* chorus
take me to the magic of the moment
on a glory nite where the children of tomorrow share their dreams
with u n me
take me to the magic of the moment
on glory nite
where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

the wind of change
blows straight into the face of time
like a stormwind that will ring the freedom bell for peace of mind
let your balalaika sing
what my guitar want to say

* repeat chorus

the song that bring me back to the sweet child day..
how i miss them
Ya Allah...forgive me..

Monday, April 24, 2006

Arah

Ya Allah

arah aku dalam kasih sayangMu

Ya Allah

arah aku lurus kiblatMu

Ya Allah arah aku sujud padaMu


sekerdil aku, tidak mampu menolak dugaan
segagah aku tidak mampu mengubah ketetapan
aku tidak punya kuasa
kecuali Dia memberinya

Tuhan
arahku ini, penuh ujian
redhakanlah hatiku menerimanya
sabarkan amarahku pada saat Engkau menimpanya

Tuhan
ampunkan aku
buat kesekian kalinya


- hari ni Opahwe meninggal dunia...semoga Allah limpahkan keampunan buatnya dan kematian itu sesuatu yang pasti..tiada siapa dapat menolaknya...

rindu pada Opah dan Tok yang telah lama pergi..semoga dapat aku ziarah tok di Baqi' nanti..
rindu pada Mak dan Abah walaupun mereka berada disisiku kini
rindu pada Ati, Ammar, Imah, Azim dan Adib...semoga kalian sejahtera hendaknya..
rindu pada seseorang yang telah lama tiada...dah minta izin pada bondanya untuk buat umrah untuk dia...semoga hadiah itu dapat melerai segala kesilapanaku padanya semasa hayatnya...

Tuesday, April 11, 2006

'Lepaskan Kembali Aku Ke Laut'

Lepaskan Kembali Aku Ke Laut adalah novel 3 jilid yang ditulis oleh Shaari Isa.
Novel ini telah ku baca mulai dari alam kanak-kanak lagi..
terlalu besarnya erti novel ini dalam hidupku. bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan novel ini cetakan terbaru di DBP dengan harga RM60 satu jilid... tapi sapa yang ada rakan dewan DBP boleh dapat diskaun...

baik untuk peminat atau penggemar novel sosial dan sejarah kerana novel ini padat dengan fakta2 sejarah Malaysia sejak sebelum, menjelang, semasa dan selepas merdeka..

watak utama : Izma, Usmal Asmat, Kazman, Jasin, Julas, Melor, Bainun, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Pres Sukarno, Wan Zaleha, Wan Abdullah.. and many more...

semoga penulisnya sukses selalu...

'.....Izma itu terlalu benar miripnya dengan diriku...'

Thursday, April 06, 2006

umrah

jadual penerbangan umrah untuk bulan 5 sahaja :

21 mei-2 jun : yemen airline ( transit san'a )
23 mei- 6 jun : royal jordanian ( amman )
26 mei - 6 jun : saudi airline (jeddah)
27 mei -10 jun : egypt airline (cairo )
28 mei-12 jun : saudi airline (madinah)
28 mei - 8 jun :india airline(bombay)
30 mei - 13 jun : gulf airline(bahrain)
31 mei-11 jun : india airline(bombay)

semua seat hampir penuh...most probably i'll go for umrah with yemen airline..cannot imagine how i can handle 49 person until they will arrive jeddah...
and hopefully sempat mengahadiri majlis perkahwinan kak Ida pada 3 Jun ini...

1o hb nie pindah ke rumah sendiri...belum bersedia untuk hidup sendiri but i'll have more privacy later.. still thinking either want to buy atoz or just kancil...

hidup satu perjuangan...pak cemi kata, Nabi Muhammad pernah bersabda, 'aku hairan kenapa masih ada manusia yang kecewa sedangkan segala yang berlaku itu telah berada dalam qadha' dan qadar Allah' itulah yang mesti dipraktiskan...

Ya Allah...jangan biarkan aku jauh dariMu
Ya Allah...bimbingkan aku agar sentiasa berada dalam redhaMu

Amin

Friday, March 24, 2006

Ammar




22 march 2006

Ammar dah berlepas ke Jepun...semoga segala-nya berjalan lancar dan selamat

dan yang pasti kami disini semuanya merindui Ammar...

Friday, March 03, 2006

WajahNya Sempurna

Tentang Dia
yang menyimbah cahaya pertama
di pucuk-pucuk muda
di mercu pohon kelapa
di atap-atap singgahsana
Dia menyapa
dalam Zikir Dhuha
dan di tolehan pertama
WajahNya sempurna
Tentang Dia
Ketika zikirku menjadi lebat
ketika cinta menjadi cinta
ketika dunia tersasar arahnya
ketika umur bukan dalam saatnya
WajahNya sempurna
Tentang Dia
menyatu harapan dalam tadahan
moga diperkenan
WajahNya sempurna

working experience

pengalaman bekerja memang sangat berharga untuk masa depan dan untuk menempuh hari-hari mendatang. walaupun memenatkan tapi rasa puas sebab dapat berjumpa dan kenal dengan ramai org dan mengetahui pengurusan yang terbaik untuk urusan pelancongan..

15-18 mac : trip to medan, indonesia
26 mac-8 april : melancong mesir dan umrah
1 april-13 april : umrah
23 mei : melancong jordan..

bulan 5 nie sahaja ada 6 penerbangan utk umrah..semakin sibuk dan semakin kurang memikrikan perkara2 yang tak berfaedah...:) rindu untuk berjumpa kawan2 seperjuangan...

time went by so fast...also getting me older...well, that is life...and life is just a transit..may Allah bless all of us..

jalan mana yang harus kupilih kalau keseuanya baik belaka untukku....

Wednesday, February 08, 2006

Kemenangan HAMAS

Hadiah Tahun Baru Hijrah Buat Umat Islam


kemengan HAMAS dalam pilihanraya umum Palestin baru-baru ini adalah hadiah buat umat Islam sempena tahun baru Hijrah. Semoga dengan kemenangan ini memberi semangat buat pejuang-pejuang menegakkan Islam untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

firman Allah dalam surah An Nur ayat ke 55

"Allah menjanjikan orang2 beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai Muhammad ) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah2 yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang2 sebelum mereka khalifah2 yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)"

surah alkahfi ayat 28

"dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang2 yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata2 dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu dari mereka kerana mahu kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang2 yang Kami ketahui hatinya lali daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran serta menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran"

semoga Allah tetapkan pendirian kita dan memberikan ketabahan hati untuk terus berada di jalan yang lurus...amin


Thursday, January 19, 2006

DERU

dipetik dari karya penyair tanahair...saudari tintatsukma di esastera.com

DERU
angin itu lanjur

mencium bumi,rakus
mengutus kelam dari perbukitan

derunya menyapu gunung
tegak,menghunjam
mengarak gumpalan awan
nan sombong


berdarahlah dada-dada luka
mengalir di keringat kerdil
bergelandangan jasad para syuhada
mengemis restu dalam kelu
angin itu tetap menyamar
dari taufan
yang tiada pernah sesal.

Monday, January 16, 2006

my heroes

with my beloved friend, kak ida



bersama adik2 dan sepupu....azim, adib, akhir dan aidil...