Wednesday, September 30, 2009

hidup satu perjuangan

malam tadi ita, tini dan ain datang beraya kat rumah..tak buat apapun..masak mee kicap je itupun dah jadi mee kembang..hehhe lepas diorang balik terus aku dgn asfa "bobom" tidur dalam bilik..letih betul mlm tadi..pagi tadi bangun lewat, kelam kabut aku dibuatnya..asfa rileks jer tengok aku kesana sini...
on the way ke sekolah pulak hujan lebat dengan kilat sabung menyabung..berderau darah aku dibuatnya..asfa yang kat seat dia pun baik je tak banyak kira..sampai kat rumah pengasuh, kak teh dengan husband dia terus sambut asfa..wah..untung asfa dapat pengasuh sayang n manja gila pada dia..
masa dalam kereta ke sekolah dan hujan yang lebat aku tersentuh tengok mereka yang menaiki motor dengan baju hujannya menuju ke destinasi masing2..ada yang hantar anak ke sekolah, bawa isteri dll..untung aku ada kereta sendiri tak payah meredah hujan dan kepayahan..dan aku tak dapat bayangkan kalau aku yang lalui semua tu..alangkah besarnya pengorbanan untuk meneruskan kehidupan..demi satu matlamat, apa jua halangan yang datang tetap akan ditempuh.. aku terfikir juga mereka yang hidupnya sentiasa senang, dilimpahi kekayaan, kesenangan hati namun tidak bahagia..ah...kalau aku diberi pilihan antara harta bergunung dengan sebuah rumah kecil yang berlimpah kebahagiaan, aku akan pilih bahagia...kerana bahagia itu lebih mahal nilainya...

ummu asfa

Thursday, September 10, 2009