Sunday, August 30, 2009


bila tengok gambar nie aku teringat novel Lepaskan Kembali Aku Ke Laut
apabila Yati melihat ke langit betul2 diatas pusara Usmal..kelihatan sepohon pokok yang penuh dengan ranting yang bercabang-cabang lantas dia berharap agar dapat rimbunan ranting itu melindungi abangnya Usal dari Hujan dan Panas...
Namun, Usmal telah dahulu melihat ranting-ranting itu ketika dia hampir sampai ajalnya selepas tidak sedarkan diri akibat ditembak oleh tentera Komunis dalam serang hendap yang berlaku kalau tak salah aku pada 31 Ogos 1957...

ah...Usmal, Izma... sentiasa mempengaruhi hidupku...


Setulus Doa

ku iringi doa tulus
sesuci embun pagi
dibasahi tasbih memutih
Tuhan mencipta alam semesta

ku lagukan hasrat hati
padaMu tuhan ku serah diri
ku harap lautan rahmatmu
bekalan disana nanti

oh ya Allah
kuiringi pengharapan di malam sunyi
tangisan mengalir air mata
hilangkan jemu sujud menyembah

sebagai saksi membantu diri
tangan menadah himpunan rahmat lahi
moga diri terarah syurga nanti

bertemu tuhan cinta pertama
nikmatnya tiada terhingga
syahdu rindu bila maghfirahmu membaluti tubuhku

ya Allah ku iringi doa tulus limpahkan aku hidayahMu

Hijjaz-Setulus Doa


i like this song...anyway the lyric is still not complete..just write what i remember..

Alangkah indahnya ramadhan kali ini..aku mendakapnya dan tidak ingin kulepaskan lagi..

hari ni berbuka kat kampung my mate di Changkat Selboh, all his siblings there,meriah sgt dgn budak2 sampai Asfa pun tak lena tidur :)

lepas berbuka kami balik ke rumah mak dan abah di seri iskandar..
semua adik-adikku ada..

ati,muiz (both teachers) dan iezat
ammar baru je tiba dari Kansai (Okayama University)
imah (maktab perempuan melayu melaka)
azim (sbpi gombak)
adib (maahad tahfiz)

masa aku tulis nie, my husband,muiz and ammar keluar gi kedai sambil tgok manchester united lawan Arsenal...sudah pasti aku ttp sokong.....Liverpool..:p




Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Karim


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Alhamdulillah, tahun ini aku dapat lagi bertemu ramadhan dan menikmati berkatnya..
bezanya, tahun ni aku ada Asfa Solehah yang tersayang..
Buat sahabat-sahabat yang dirindui :
k.ida, tipah(azizah), huda, alang (Jamilah), deklang(jannah),cikde(Huda), achik (Huda Abdullah),Munirah,K.ude, Alin, Iber, atifah dan lain2 yang dirindui sekalian semoga berbahagia selalu disamping kehidupan kalian yang baru..

Thursday, August 06, 2009

lewat

masa berlalu begitu pantas...teramat pantas...

Rejab berlalu begitu sahaja

Syaaban pun aku masih tak bertemu manisnya...

Ramadhan?

Ya Allah... kasihanilah hambaMu ini

aku rindu diriku yang dulu...

setiap langkah yang aku atur hanya Engkau di hatiku

my asfa

semasa masih di Hospital Raja Perempuan Bainun


Home Sweet Home

my asfa is sleeping...jangan diganggu...:)