Tuesday, August 30, 2005

Selamat Hari Merdeka...


Tanggal 31 Ogos 2005 Malaysia telah menyambut ulangtahun kemerdekaan untuk kali ke 48...
semoga keamanan anugerah Allah ini akan berpanjangan...
Ruba'ie Ibn Amir Berkata...' Sesungguhnya Allah telah memutuskan kami untuk memBEBASkan manusia dari mengabdikandiri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah, memBEBASkanMalysia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhiratdan drpd kezaliman agama kepada keadilan ISLAM..'

Selamat Hari Merdeka Negaraku yang tercinta....:)

.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sha..
ermmm...
terima kasih atas segalanya..
ini ada sedikit puisi dari abgchik..
khas untuk hari ni..
sempena kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita kali ke-48:
Bertajuk:

"Merdekakah Kita Tanpa Ilmu Didada?"

Merdekakah kita?
Jika kita tidak tahu..
Suasana malam bertemankan suram..
Sedangkan siang bagaikan kelam..
Apa tidaknya..
Hati kita penuh dengan titik-titik hitam..
Jiwa kita tidak lagi tenteram..
Kerana dosa kita dah berbalam-balam..

Oh tidak!
Merdekakah jiwa..?

Jika kita tidak tahu..
Hidup bak mati tidak lagi bererti..
Merana dan sengsara itu yang pasti..
Jauhnya hati mengingati Ilahi..
Amalan bagai kayu dimakan api..

Oh teruknya!
Jika kita tidak tahu..
Punah segala cita-cita..
Ibarat impian memakan jiwa..
Membunuh hati tanpa sengaja..
Hanyutnya perasaan tanpa panduan-Nya..

Alangkah baiknya!
Kita mampu merdekakan semuanya..

Jika kita tidak tahu..
Guru kita jadikan teman..
Al-Qur'an dijadikan panduan..
Sunnah nabi dijadikan amalan..
Merdekalah hati dari hasutan syaitan..
Nafsu terjaga dengan kawalan Iman..

(11:22 am farook)

Anonymous said...

Apakah "Merdeka" dalam erti kata sebenar?

Em pastinya ada di antara kita menyambut kemerdekaan dengan meriah sekali :)

-sudah tentunya buku-buku keliling pingang..kan?
-ops!apa taknyer,tgh musim m.term...:)

-tapi barangkali ada yang terfikir2 rancangan apa untuk diisi dalam cuti yang akan menjelang tak lama lagi..

-tubuh jer kat kelas,fikiran entah kemana...x gitu!:)

jadi...
apa erti kemerdekaan sebenarnya ye?


abgchik cuba jawab :)hee..hee..

- merdekakan hati,akal,dan fikiran (minda kita) dalam pelbagai kemaksiatan yang nyata dan tersembunyi..
-dengan kate lain kita cuba hindarkan dari sikap fanatik dan sikap syadidan fi hubbu dunya..

ermmmm...tah2 kena balik kat diri sendiri ni :)

Adakah kita benar-benar telah bebas dari belenggu penjajahan???

-Jawapannya mungkin pelbagai. Ada yang berkata kita telah bebas sepenuhnya dan sebahagiannya lagi berkata, sebenarnya masih dijajah.

Adakah fikiran kita merdeka?

-tapi masih ada yang berperang dengan fikiran,masih tak bebas untuk membuat keputusan,dan keputusan yang diambil mungkin tersasar dari apa yang sepatutnya..

ermmm..
apapun..buat abgchik yang lemah ini dan kita semua..

-perlu banyak kena pelajari dari kehidupan dan pengalaman yang belandaskan Al-Quran dan sunnah nabi ikutan...(dalami ilmu sebaik yang mungkin)

Apa yang penting..
Jagalah akal dan hati kita dan diri dari dijajah oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan..
Maka itulah erti sebuah kemerdekaan :)