Monday, August 29, 2005

Selamat Tinggal Amin...

27 Ogos 2005

Hari ini sepupuku yang tersayang Mohd Amin kembali kerahmatullah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras.. dari Kedah aku bergegas balik ke KL bersama Huda.. Amin dikebumikan di Melaka keesokan harinya... Bila lihat wajah Amin aku jadi terpegun dan kagum sangat, wajahnya bersih dan jernih sangat..dan wajah dia seolah-olah kembali serupa dengan wajahnya 15 tahun dahulu...:(

Amin sebaya dengan Ammar dan lahir 3 hari sebelum Ammar...

semoga Pak Andak, Mak Andak, Muti'ah, Illias, Akhir dan Aidid tabah menerima pemergian Amin..

Amin... suatu hari nanti Kakak akan pergi jumpa Amin...

2 comments:

Anonymous said...

"innalillahi_wainna_ilaihi_roojuun"
ermmm..
maaf sha..
abgchik tak tahu perkara ni sebelum ni..
abgchik turut bersimpati atas pemergian sepupu sha, Mohd Amin..
moga dia sentiasa bahagia mengadap Khaliqnya...
sedekahkan al-fatihah selalu kepadanya, moga2 dia sentiasa berada dalam keadaan aman di sana..

Anonymous said...

"inna_lillahi_wa_inna_ilaihi_rooji'uun"
ermmm..
abgchik mohon maaf sha..
abgchik tak tahu perkara sebenar sebelum ni..
abgchik turut bersimpati atas pemergian sepupu sha, Mohd Amin..
moga dia sentiasa bahagia mengadap Khaliqnya...
sedekahkan al-fatihah selalu kepadanya..
Do'akan agar dia tenteram..
moga2 dia sentiasa berada dalam keadaan aman di sana..