Tuesday, August 30, 2005

Ke Pusara Kekasih..

30 Ogos 2005

Sajak ini kutujukan khas buat seseorang yang telah lebih 4 tahun mengadap Ilahi...semoga sentiasa dilindungi Ilahi dan ditempatkan dalam golongan HambaNya yang soleh...

InsyaALlah ada peluang mahu ziarah ke kuburnya lagi...

Ke Pusara Kekasih

Pusaramu kekasih
Menjadi kerinduan hatiku
Mengunjungimu
Saban minggu
Tanpa jemu

Kitab kenangan itu
Sering menjadi sentuhanku
Hujan kedamaian
Dalam kalbuku

Antara kita
Telah ada cerita
Tertulis
Di awal kejadianmu

Lantas wahai Kekasih
Izinkanlah aku mendakap
Angin selimutmu
Awan naunganmu
Tanah hamparanmu
Pohon teduhmu
Menyatu Kalimat Asy-syukruKerana melindungimu

2 comments:

Anonymous said...

tersentuh abgchik dengan kata2 ni...

Anonymous said...

Bila merenung hakikat kejadian..
Hatiku mula terasa kesepian..
Andainya daku tiada amalan..
Matiku itu sangat kerugian..

Menjentik sekilas keinsafan..
Kerana kurniaan-Mu penuh kenikmatan..
Yang telah engkau kurniakan diriku seorang teman..
Membantuku menunjuk jalan..
Jika daku tanpa penglihatan..
Bisakah daku berjalan..
Di muka bumi-Mu ini oh Tuhan..

Merenung hakikat kejadian...
Melihat segala keindahan..
Tanpa pendengaran..
Bisakah kudengar laungan azan..
Bemerduan alunan Al-Quran..
Untuk memuji-Mu Tuhan..
Tanpa akal yang memandu pemikiran..
Mampukah diri ini mengenal-Mu Tuhan..

Merenung hakikat kejadian...
Menjalankan amanah yang Engkau berikan..
Yang masi9h lagi tersisa dibadan..
Mentadbir alam dengan panduan..
Al-Quran dan sunnah Nabi ikutan..
Tanpa keduanya kaki tak mampu memandu perjalanan..
Akan terbataslah segala pergerakan..
Tanpa tangan yang engkau kurniakan..
Mampukah aku menadah tangan..
Memohon agar segala dosa diampunkan..

Namun....
Mengapa diriku terlalu sukar untuk menyatakan kesyukuran..
Mengapa terlalu payah melahirkan ketaatan..
Sedangkan diriku ini hanya pinjaman..
Sampai masanya pasti dikembalikan..

Oh Tuhan..
Diri ini amat memerlukan..
Bantuan dan pertolongan..
Seringkali jiwa ini memohon pengampunan..
Harapnya Kau ampunkan..

Namun....
Kekadang nafsu selalu memukau pandangan..
Keseronokan dunia seakan melalaikan..
Seakan terlupa hakikat kejadian..
Inilah rintihan..
Rintihan suara seorang insan..
Insan yang kerdil di sisi-Mu Tuhan..

Ampunkan aku...
Yang sering leka terhadap suruhan-Mu..

Maafkan aku...
Yang jarang mengungkap syukur pada-Mu..
Yang kupinta hanya satu..
Kuingin kembali pada-Mu..
Dengan hati sesuci salju..
Dengan keimanan melitupi kalbu..
Perkenankanlah Wahai Tuhanku..