Friday, August 26, 2005

Antara Dua Menara

Antara Dua Menara




Antara dua menara

Ada tanah dan langit

Bersatu dalam lukisan alam

Semarak warna

Gelap dan terang



Antara dua menara

Ada dua makhlukNya

Berbeza asal

Bersatu dalam dunia

Berdiri mengadapNya

Dengan derai air mata



Antara dua menara

Ada kubah yang Megah

Ada suara memanggil



Antara dua menara

Ada jasad yang terbujur



Antara dua menara

Ada aku yang jatuh tersungkur

5 comments:

Anonymous said...

Sha..
Tertarik abgchik dengan puisi ni...
Hakikat 'alam sememangnya begini..
Fitrah yang hidup pastinya mati...
Diri yang lemah ini sangat mengerti..

Sha..
Hebatnya penangan makna puisi ini..
Hikmahnya terserlah punyai erti..
Walaupun ringkas penuh berisi..
Menyentap perasaan disanubari..

Sha..
Susunan katanya mengingatkan hati..
Agar mengharap pada Ilahi..
Iman,Taqwa dan Akhlak menjadi sebati..
Mampu mendidik kesemua generasi..

Mampukah diriku?
Ya Alah..
Kau saja tempat daku mengharap...

Anonymous said...

Sha..
Tertarik abgchik dengan puisi ni...
Hakikat 'alam sememangnya begini..
Fitrah yang hidup pastinya mati...
Diri yang lemah ini sangat mengerti..

Sha..
Hebatnya penangan makna puisi ini..
Hikmahnya terserlah punyai erti..
Walaupun ringkas penuh berisi..
Menyentap perasaan disanubari..

Sha..
Susunan katanya mengingatkan hati..
Agar mengharap pada Ilahi..
Iman,Taqwa dan Akhlak menjadi sebati..
Mampu mendidik kesemua generasi..

Mampukah diriku?
Ya Allah..
Kau saja tempat daku mengharap...
Bantulah diriku menempuhi segala ujian-Mu..
Agar diriku sentiasa dalam redha-Mu..

Anonymous said...

Jauh ku mencari cinta ...
Akhirnya ku temui...
hanya satu..
Cinta yang Agung..
Cinta yang suci..
Cinta yang murni..

Cinta pada Illahi...

lirik:Kalimah Cinta

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin di cantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir dijiwa tanpa di paksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan yg Esa

Adam hawa bercinta di Syurga (cinta yg suci)
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia bertemu di dunia

Dengan CiNta kenal pencipta
Dengan CiNta kenal rasulNya
Kerana CiNta kenal saudara
Bahagia keluarga..
Oh..indahnya..cinta..

Hidup tanpa cinta ..sengsara jiwa
Sengketa dan dusta yg menerajai jiwa
Di batasan cinta syariat terjaga tanpa keraguan
Tanpa kesangsian...

Betapa sucinya kasihmu tuhan..
Betapa agung kebesaranmu..
Diri ini mengharapkan cintamu.
Kekalkanlah rasa kehambaanku….

[In-team]

Betul sha...
"Antara Dua Menara"
Ada hamba-Nya yang sedang mendamba cintaNya..
Cinta yang hakiki..

Cinta Hakiki...
Cinta yang dicari..
Cinta Ilahi..

Cinta Hakiki...
Cinta yang murni..
Cinta yang suci..

Walau bagaimanapun...
Di sana ada banyak cinta..

Apapun cinta yang kita didambakan..
Walaupun cinta manusia kita harapkan..
Biarlah cinta Tuhan kita dahulukan..
Agar keredhaan-Nya itu berpanjangan..

Hebatnya cinta..
Hebat betul penangannya..
Tetapi jika kena pada tempatnya..
Bertuahnya kita bila mengadap-Nya..
Jika Dia dah redha rahmatnya diberikan kepada kita..

Anonymous said...

kalau cinta tanpa ikhlas tak bermakna...
cinta manusia tiada yang kekal...
yang kekal hanya cinta Ilahi.. betapa kita leka dan lupakan Dia namun tak pernah sekalipun dia melupakan kita...
cintailah manusia seadanya kerana kelak kita akan kecewa kalau akhirnya kita tidak dapat memeiliki siapa yang kita cintai..

Anonymous said...

Hmmmmm...
Betul sha...
Betul apa yang dikata..

Kita hanyalah manusia...
Sedangkan Allah punyai segala..

Cinta manusia sementara cuma..
Sedangkan cinta Allah,cinta selamanya..

Manusia merancang impian dan cita-citanya..
Sedangkan penentunya Yang Maha Kuasa..