Tuesday, August 30, 2005

panorama kampus menjelang senja..



sedikit masa lagi pemandangan sebigini hanya akan menjadi kenangan...

3 comments:

Anonymous said...

Ermmm...
orang tu dah nak grad.. :(
isk..isk...

sha...
bila mengombil gambo ni :)
lawoonyeer :)
Hee..heee..
tak pandai teman nak cakap..
mesti teruk bahaso teman..

Anonymous said...

Oh Hati...
Ku biarkan kau terus berlagu..
Membisikkan kata-kata syahdu..
Biarkan jiwa terus meratap pilu..
Agar bisa dihapuskan rasa gundah di kalbu..
Betulkah sekiranya terus begitu??

Kerana ku tahu...
Setitis tangisanku keranaMu..
Membuahkan rasa insaf dalam hatiku..
Taubat itu penyelamat hidupku..
Di hari kebangkitan yang pastinya kan berlaku..

Ya Allah...
Sering fikiranku buntu..
Sewaktu ku tersasar mengatur hidupku..
Gerak langkahku seolah kaku..
Perjalanan hidupku tiada hala tuju..
Kau tunjukkan jalan kepadaku..
Ku ingin pulang padaMu..
Tetapi biarlah diriku..
Pabila sunyinya dosaku kepadaMu..

Ya Tuhanku...
Waktu kedinginan ini..
Air mata keinsafan ini hanya takutkan murkaMu..
Memohon keampunan atas dosa nodaku..
Merayu dan merintih pabila malam dah tiada berlagu..
Hanya mengharap padaMu..
Oh! Tuhanku..

Kaulah Tuhan Yang Satu..
Ingin ku padamkan memori lalu..
Untukku buka lembaran baru..
Menjadi hamba yang taat padaMu..
Siapalah diriku tanpa rahmat dari-Mu..

Namun ku tahu...
Tanpa hidayah-Mu jua petunjuk-Mu..
Akan lemaslah aku..
Menempuh onak jalanan yang penuh berliku..

Ya Allah....
Terimalah taubatku..
Pimpinlah daku..
Bantulah daku..
Campakkanlah cintaMu dalam diriku..
Agar mampu ku capai cita-citaku..
Agar mampu ku merentasi segala imtihan-Mu..
Untuk membela agama-Mu yang satu..
Daku memang memerlukan bantuan-Mu..
Ya Tuhanku..

Anonymous said...

Puisi khas buat diriku..
Juga buat teman dan sahabatku..
Kami bersyukur dengan nikmat pemberian-Mu..
Anugerahkan mata untuk melihat alam-Mu..

Oh Mata..
Indahnya kau ciptaan Ilahi..
Sesuai dengan empunya diri..
Yang tak dapat ditukar ganti..
Walau ditukar takkan sama lagi..

Oh Mata...
Lirikan mata runtunan hati..
Dari mata turun ke hati..
Memang nafsu terbit dihati..
Melihat jamuan dunia yang tak terperi..
Fitrahnya mata sukar ditafsir lagi..

Oh Mata…..
Kegunaanmu tidak terbatas..
Yang baik kurang yang jahat terlintas..
Adakah itu tuntutan teratas..
Nafsu menguasai iman tercantas..
Adakah kau bijak menangkas...

Oh Mata..
Anugerahmu diberi Yang Esa..
Sememangnya itu fitrah manusia..
Tapi tidak bersyukur dengan nikmat yang ada..

Wahai Mata...
Kata ini untukmu dan diriku jua..
Renungi nikmat Allah yang tak terkira..
Adakah mata diguna dengan sempurna..

Oh Mata..
Rabun diberi keluhan menanti..
Sebenarnya itu peringatan dari Ilahi..
Antara sedar ditarik nikmat yang pasti..
Untuk hamba berfikir dan merasai..

Hilangnya Nikmat Mata..
"Si Buta"lah pula diberi nama..
Tapi hatinya lebih terang dari Si Bermata..
Lebih bersyukur dari yang bermata..
Mencari rezeki di alam semesta..
Andai kita di tempat mereka..
Adakah kita mampu merasa..
Naluri tak pernah fikiran takut yang menjelma..
Sememangnya kita takut tak bermata
Tapi tak bersyukur apa yang ada..

Oh Mata...
Ayat AL-Quran itu penawar segala..
Adakah mata selalu membaca..?
Atau sekadar diwaktu derita..?
Air mata mengalir entahkan kenapa..
Bukan kerana banyaknya dosa..
Tapi mungkin kerana di tinggal.. Kekasih jiwa..

Oh Mata...
Jahil sungguh manusia ini..
Air mata bukan tuk menginsafi diri..
Tapi menjadi peluah masalah dihati..
(untuk diri sendiri)

Oh Mata Hati..
Gelaran di beri untuk Si Bermata..
Untuk mengambar Si Empunya Mata..
Hatinya bersinar taqarrubnya pada Yang Esa..
Bersyukur tak terkira mempunyai mata..
Nikmat yang dikecapi diguna sebaiknya..
Memerhati alam untuk mengenal Pencipta..


Nukilan rasa:

-Hifzu_fuadi-