Tuesday, March 06, 2012

Travelog Minda Tajdid oleh DrMAZA


Sementara menunggu pelajar menjawab soalan peperiksaan sepanjang minggu ini, saya memilih untuk membaca buku TRAVELOG MINDA TAJDID tulisan pensyarah saya di UIA dulu... sangat teruja untuk membaca setiap tulisannya..

antara yang menarik...

" Kita lupa, bapa kita, iaitu Adam asalnya dari syurga, dan kita lupa sepatutnya kita pulang ke sana. kita bukannya berasal dari neraka. Al-Quran sering mengulangi kisah Adam. antara hikmahnya supaya kita mengingati hakikat ini. tempat pulang kita adalah syurga yang dilimpahi dengan segala kenikmatan"

" hidup adalah kembara. kita semua pasti akan sampai ke satu destinasi yang bernama kematian. cumanya dalam kembara dibenua yang luas ini setiap kita melalui denai, lurah, lorong, lembah, jalan dan dataran yang tidak mungkin sama. namun perhentiannya hanya satu, kita akan mengadap Tuhan yang maha Adil"

"perjalanan, pasti akan berakhir. cuma yang kita runsingkan, bagaimana ia berakhir. berbagai tempoh dan detik akan kita tempuhi, namun tiada yang lebih indahdaripada perasaang bergantung harap kepada Allah. benua kehidupan terlaul luas dan menakutkan. banyak kejahatan juga berbagai kebaikan. moga Allah selamatkan kita semua dalam meneruskan kembara hidup."

banyak lagi ucapan dan pandangan beliau yang sangat menarik dan menyentuh hati saya tatkala membacanya terutamanya dalam isu poligami...dan juga puisi2nya yang indah datang dari hati...

smg Allah merahmati Ustaz dan semua yang membaca tulisan Ustaz itu...amin

Monday, November 21, 2011

cuti sekolah

alhamdulillah..cuti sekolah datang lagi, namun tugasan-tugasan di sekolah masih banyak yang perlu diselesaikan..
masih menunggu pelajar-pelajar ting 5 selesai exam subjek PSI, smg mereka dapat buat yang terbaik dan semoga mereka beroleh kejayaan..amin

nampaknya jadual cuti sek ni padat tapi yang paling menggembirakan dapat bersama-sama dengan suami dan asfa..walaupun ayahnya kerja office hours at least dapat tinggal bersama..

still thinking n planning for 2012 resolution...?

Monday, August 15, 2011

Release Me Back to the Sea

Alhamdulillah... Ramadhan yang mulia ini benar-benar memberi kelapangan waktu untuk kembali bertekun membaca seterusnya menjadi ketagih untuk membaca. Hari ini sahaja dapat menghabiskan dua buah buku Bonds (Akrab) karangan Lim Swee Tin dan Release me Back to the Sea vol iii... as usual, after reading LKAKL i always imagined that all the characters were real..and so real.. akibat membaca tidak sepenuhnya, baru hari ini aku tahu bahawa Aminuddin Baki pernah menjadi Pengarah Pelajaran Malaysia...and how great he was in education field..
dalam LKAKL aku berjumpa dengan individu-individu yang begitu akrab dengan realiti hidupku and as what happened to Kazman and his foster sister Izma, i must say that life is meaningful when we have those we love around us... so, thank Allah for give me everything..

Ramadhan Kareem

Monday, August 01, 2011

Friday, January 21, 2011

The Approach Of Armagedon

pagi ni bila lihat sahabat memegang buku Armagedon 2012 karya Muhammad Alexender teringat pula pada buku yang dah lama aku miliki 'The Approach of Armageddon'..mmg menjadi buku kegemaran aku..kedatangan peperangan itu kian hampir dan mmg semakin dekat dgn kita..
Dalam peristiwa Isra' Mi'raj juga ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanannya menuju langit berjumpa dengan seorang perempuan tua yang sudah bongkok yang melambangkan usia dunia yang sedang menuju akhirnya...

DOSA?
semakin panjang usiaku, semakin banyak dosa yang aku lakukan..samada secara sengaja atau tidak..semakin aku leka mengejar dunia..sedangkan aku sendiri tahu apa yang aku kejar cumalah fatamorgana sahaja...

Ya Allah..dalam langkahku ini Engkau pimpinlah...
ampunilah hambaMu ini...
Amin..

Thursday, January 13, 2011

Semanis Kurma..

bagus tajuk Semanis Kurma malam ni...percintaan alam maya yang menghancurkan rumah tangga. Dulu memang aku tak minat sgt dgn slot nie..tp sejak dh dua tiga kali menonton rancangan nie rasa mcm makin tak nak tinggal slot nie..jom tonton....

Wednesday, January 12, 2011

Aku,Suami dan Anak...

Konvo En Ahmad Azaruddin...




Bagan Datoh VS Parit

Sejak menetap di Bagan Datoh (Hutan Melintang) ni, memang aku betul2 mencintai tempat ini..walaupun arwah tok sebelah abah asalnya org kg Pasang Api(Bagan Datoh)..mana taknya, setiap hari pergi sekolah balik sekolah hujung minggu sll balik parit...kat sini tiada saudara mara utk aku bertandang dan melepaskan kerinduan...namun..setelah hampir 4 thn disini, tempat ini benar2 aku rindui...kalau balik Parit asyik teringat nak balik Bagan Datoh...disini ada insan-insan yang aku sayangi...disini ada murid2 yang aku cintai..ada sahabat2 yg aku kasihi..ada kehidupan Ulum yang mendamaikan hati....
Mungkin suatu hari nnt tempat ini akan kutinggalkan...namun tak mungkin akan kulupakan segala2nya yang berlaku disini....

Monday, January 10, 2011

menunggu...

penantian itu suatu penyeksaan..mmg benar ungkapan ini..

namun, aku akan terus menunggu dan menunggu hingga sampai waktu itu...

insyaAllah..Allah maha Kaya...Dia pasti akan menemukan aku dengan waktu itu...amiiiin...

Wednesday, August 25, 2010

asfa solehah




asfa solehah yang semakin membesar...

umi lipat kain dia sepahkan..
umi sidai kain dia angkat kain..
umi masak dia tarik2 baju umi..
umi makan dia pun nak makan..
umi menulis dia menulis juga..
umi membaca dia membaca..
umi solat dia baring depan umi..
umi berdoa dia berdoa juga...

apapun yang asfa buat..asfa adalah yang paling umi cintai...


Pengorbanan

Adakah pengorbanan itu memerlukan bayaran?

Adakah pengorbanan itu akan menjadi pengalaman yang dilupakan?

Aku telah berkorban...

harga diri

kasih sayang

dan

sesuatu yang amat besar dalam hidupkan

semuanya seakan pergi begitu sahaja...

alangkah pahitnya...

Tuesday, May 18, 2010

Asfa Solehah












asfa...umi sangat sayangkan asfa...asfa solehah adalah yang paling penting dalam hidup umi...



Kesedihan...

Kesedihan terlalu sinonim dengan diriku... sehingga kadang2 aku mempersoalkan semua kekecewaan yang aaku hadapi..
Aku membiarkan diriku dipersalahkan dan dibenci sedangkan hakikatnya aku sembunyikan dengan rapi dan tidak dapat ku terjemahkan dengan riak wajahku sendiri...
terlalu lama aku meredah lautan kesukaran ini hingga aku seakan tekad untuk mengakhirinya sahaja..

namun, aku ada asfa solehah yang membataskan segalanya....

Wednesday, April 14, 2010

ILMU

rasanya sejak jd cikgu ni ilmu aku cetek sgt..mmg aku terlalu dahaga untuk menimba ilmu dalam bidang aku..aku nak jadi lebih expert dan pakar dalam bidang yg sangat2 aku cintai ini..skrg aku still survey peluang utk melanjutkan pelajaran ke Madinah atau Jordan utk master level..atau memadai hanya di UIA sahaja..entahlah..tp ak ingin belajar dan bertenang di Madinah..aku terlalu rindukan bumi itu, tak puas rasanya menziarahi Rasulullah dan para sahabat juga arwah tok yg aku sayangi...

Ya Allah..permudahkanlah..amin..

Friday, February 19, 2010

Kami...Aku, Suami dan Asfa...







Rezeki dan Erti Bahagia

Petang ni tonton rancangan al-Kulliyyah bersama suami..Panelnya Ustz Zaharuddin dr UIA yg juga ahli tanzim staf kami dahulu...
aku tertarik dengan perumpamaan yg beliau berikan ttg sebuah keluarga yg besar yg hny memiliki kereta kancil tp bila nak masuk/keluar kereta sentiasa tersenyum+bahagia+bersyukur dgn rezeki yg mereka ada...berbanding dgn keluarga yang memiliki kemewahan berlimpah ruah tp kehidupan mereka kosong dan tidak bahagia kerana rezeki yg mereka dapat tidak berkat...
Ya Allah...bila Ust sebut rezeki bukan sahaja terbatas pada harta benda tp pada nikmat kesihatan,keselamatn, masa yg Allah berikan juga adalah rezeki...
Lepas menonton, aku ke sekolah bersama suami dan asfa krn ada brg aku yg tertinggal di bilik guru..sampai di sekolah aku lihat beberapa org pelajar lelaki lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat sedang bersiar2 di pondok ilmu..ada yg berkejar2an sesama mereka..aku pandang mereka dgn perasaan kasih dan sayang dan juga sesuatu perasaan yg tidak biasa aku alami pada mereka..mereka kebanyakannya tidak pandai dari segi ilmu tp merekalah kelak yg akan mendoakan aku...

terlalu mahal harga sebuah kebahagiaan...aku tidak pernah menyesal dgn apa yg aku ada hari ini kerana aku telah memilih jalan hdupku sendiri...

Ya Allah, padaMu aku serahkan jiwa dan ragaku...aku mendamba cintaMu yang sejati berbanding cinta manusia yang batil...

Thursday, February 18, 2010

my students..







aku mengasihi kalian lebih dari diriku...



setiap kali wajah kalian ku pandang



aku melihat masa depan kalian yang tidak dapat ku teka bagaimana...






pedihnya aku melihat kalian membuang masa



mengabaikan perhatian yang guru berikan..






alangkah dukanya hatiku memikirkan kehidupan kalian kelak..



bagaimanakah....






sekarang kalian bersenang-senang dengan kehidupan..



tapi esok...






wahai anak-anakku...



berusahalah...






Tuesday, February 16, 2010

Anakku adalah cahaya hatiku..


asfa dah tidur..
umi rindu pada asfa...
umi hendak pergi mendakapmu dengan sepenuh kasih dan sayang...

Masa yang pantas pergi

terlalu pantas masa itu pergi
sehingga tak sempat aku menolehnya..

terlalu pantas masa itu menggodaku
sehingga aku tenggelam dan lemas dalam dosa dan noda...

masa telah menghumban aku ke daerah gersang dan tandus
dan aku mengejar fatamorgana yang batil
dan aku kian dikalahkan

masa
engkau telah memenanginya
namun aku akan terus mengejarmu...