Tuesday, March 06, 2012

Travelog Minda Tajdid oleh DrMAZA


Sementara menunggu pelajar menjawab soalan peperiksaan sepanjang minggu ini, saya memilih untuk membaca buku TRAVELOG MINDA TAJDID tulisan pensyarah saya di UIA dulu... sangat teruja untuk membaca setiap tulisannya..

antara yang menarik...

" Kita lupa, bapa kita, iaitu Adam asalnya dari syurga, dan kita lupa sepatutnya kita pulang ke sana. kita bukannya berasal dari neraka. Al-Quran sering mengulangi kisah Adam. antara hikmahnya supaya kita mengingati hakikat ini. tempat pulang kita adalah syurga yang dilimpahi dengan segala kenikmatan"

" hidup adalah kembara. kita semua pasti akan sampai ke satu destinasi yang bernama kematian. cumanya dalam kembara dibenua yang luas ini setiap kita melalui denai, lurah, lorong, lembah, jalan dan dataran yang tidak mungkin sama. namun perhentiannya hanya satu, kita akan mengadap Tuhan yang maha Adil"

"perjalanan, pasti akan berakhir. cuma yang kita runsingkan, bagaimana ia berakhir. berbagai tempoh dan detik akan kita tempuhi, namun tiada yang lebih indahdaripada perasaang bergantung harap kepada Allah. benua kehidupan terlaul luas dan menakutkan. banyak kejahatan juga berbagai kebaikan. moga Allah selamatkan kita semua dalam meneruskan kembara hidup."

banyak lagi ucapan dan pandangan beliau yang sangat menarik dan menyentuh hati saya tatkala membacanya terutamanya dalam isu poligami...dan juga puisi2nya yang indah datang dari hati...

smg Allah merahmati Ustaz dan semua yang membaca tulisan Ustaz itu...amin

No comments: