Friday, September 02, 2005

Atie dengan Family Muiez...

Di Iskandariah semasa Family Muiez bercuti kesana...nie kat rumah Atie...

10 comments:

Anonymous said...

ermmm...
memang rapat la ahli keluarga sha ni..
bestnya kan kalau abgchik dapat pi sana..:)
apapun abgchik pun nak pasang niat juga la...
mana tahu..
kot2 ada rezeki nanti..
dapat juga ziarah ke bumi anbiya' tu..

-tiada yang lebih bermanfaat jika tiada penghayatan(tafakkur dengan nikmat dan kekuasaan Allah) dalam setiap amal perbuatan kita kan?

setiap kejadian-Nya itu semuanya ada gunanya buat kita dekat dengan-Nya..

Anonymous said...

"Ku Harap Intan Dijaga Rapi"

Wah Bertuahnya diri..
Bila usroti umpama syurga duniawi..
Kasih sayangnya bagai intan yang menyinari..
Ku yakini..
Silaturrahim akan terus kekal bersemi..
Sekiranya ku mampu..
Memupuk dan mewarnai..
Atas landasan Ilahi..
Ahlinya pasti punyai satu hati..
Biarpun terpisah namun mereka tetap mengingati..

Jika Usroti..
Bagai sebutir intan yang dikagumi..
Hakikatnya dialah nadi..
Kerana adanya ia kita terus-menerus disayangi..
Dikasihi dan dicintai ILAHI..
Kerana adanya jua diriku saling menyayangi..

Usroti..
Ukhuwwah yang tercipta anugerah Ilahi..
Susah senang kehidupan sama-sama dirasai..
Kerananyalah ku sanggup memikul tugas ini..
Demi membentuk satu generasi..
Yang berbudi luhur dan berakhlak tinggi..
Membentuknya dengan nilai yang murni..
Moga lahirnya generasi yang sanggup berbakti..

Usroti..
Demimu..
Kau adalah intan yang perlu ku jaga rapi..
Jiwa-jiwa yang ada didalamnya haruslah diisi..
Moga ahliku juga mampu mengerti..
Intan itu adalah kasih yang tak berbelah bahagi..

Usroti..
Jika kau ku jaga rapi..
Terselamatlah diriku di Alam Ukhrawi..
Kerana menjagamu..
Di dunia aku diberkati..
Akhirat ku kecapi kesenangan yang abadi..
Ternyatalah dirimu..
Ibarat intan yang bermutu tinggi..

Nukilan rasa:

Hifzu_fuadi

Anonymous said...

sha..
bertuahkan bila keluarga selalu ambil berat..
ermmm..
adik2 sha nak exam kan tahun ni..
abgchik pun doakan buat diorang..
bagus dan elok sangat2 jika keluarga sama2 buat solat hajat untuk mendapat ketenangan dan kebahgiaan hidup..
sememangnya perlu begitu..
semoga keluarga sha menjadi contoh buat semua..
keluarga mithali sememangnya didambakan oleh semua orang..
cuma bagaimana dia mengolahnya..
itu terletak pada individu sesebuah keluarga tersebut..
semoga menjadi pedoman buat keluarga abgchik..

(abgchik)
3:02 pm
Khamis
8 Sept 2005
itd iium

Anonymous said...

Ermmm...
Sha..
Tersentuh betul abgchik dgn kata2 Ustaz Hisyamuddin Bakar semalam tu...
Betul2 memberi kesan yang sgt mendalam pd jiwa dan hati abgchik ni..
Hebat betul pengisiannya kan..

Walaupun dia hanya membaca beberapa ayat dari surah al-Anfal dan al-Baqarah..
Namun, tafsirannya cukup mendalam..
Walau ringkas ucapannya sebab masa tak mengizinkan..

Ermmm...
Bagi abgchik..
Kisah isra' dan mikraj semalam..
Siapa sangka dia akan bertanya mengenai perjalanan Nabi pada malam tersebut..
Sepatutnya abgchik dah bersedia untuk menjawabnya..

Oh! Malu betul..
Bagi abgchik..
Abgchik sgt jahil mwengenainya..
Tersangatlah jahil..
Tak pula teringin nak membaca kisah tersebut secara mendalam..
Sedangkan di rumah ada kitab tu..
Kitab "Kifayatul Muhtaj"..
Ada sekali abgchik cuba membacanya tapi tak paham..
Terus tak baca..
Teruk betul perangai..

Walaupun dah tahu sebelum ni dari ustaz2 di sekolah..
Tapi tak pula dapat ingat..
Sebabnya...
Tak selalu abgchik membacanya..
Apatah lagi menghayati dan menjiwai kisah isra' tu..
Memang malu betul abgchik semalam..
Malu sangat2 pada ustaz..

Tenang betul Ustaz Hisyamuddin tu..
Syadidnya dia dalam perjuangan..
Tegasnya dia mendefinasikan pengertian jihad..
Takut juga bila dia mengatakan handset tu "Hand Setan"..
Hai..
Terkena betul2 atas kepala..
Memang patut pun sebab diri ni selalu alpa dan leka..

Siapalah abgchik ini jika mengatakan diri berasa sudah cukup ilmu pengetahuan dalam perjuangan..
Tersangatlah malu jika berkata demikian..
Jahil sungguh2 lagi..
Banyak yang perlu dipelajari dan didalami..

Apapun..
Kata2nya semalam memang perlu abgchik jadikan pedoman dan panduan..
Pembacaan perlu diperbanyakkan..
Kerana diri ini terlalu kurang sgt2 ilmu dan pengetahuan dlm soal perjuangan..
Sedangkan mengakui diri sebagai seorang pejuang agama ISLAM...
Oh! Malu betul..

Sebagai kesimpulan..
Ilmu( yg mendalam ttg agama) yang menentukan hebatnya dia di sisi Tuhan..

Ilmu agama itu adalah segalanya..
Hebatnya seseorang dengan ilmu..
Tinggi darjatnya juga dengan ilmu..
Hikmahnya ia berbicara juga dengan ilmu..
Kata2 mampu memberi kesan kpd org yang mendengar..
Tanpanya diri kurang segalanya..
Pembacaan dan pengetahuan selari dengan amalan yang ikhlas amat perlu abgchik tumpukan..

Syarat syahid itu pun dapat abgchik simpulkan dari kata2nya..
Ikhlas dan kesabaran dalam setiap amalan yang kita lakukan..
Ermmm...
Sangat2lah perlu..
Kalau tak..
Sukar nak tempuhi segala dugaan yang datang..
Memang diri mengharapkan rahmat Tuhan..
Kerana ingin mengecapi keredhaan Tuhan itu berkekalan..
Memang penting pencarian ilmu pengetahuan..
Ianya abgchik jadikan amalan..
Insya-Allah..

(abgchik)
4:03 pm
Jumaat
9 Sept 2005
itd iium

Anonymous said...

Di saat hati ku kegelisahan..
Adakah imtihan datang menjelang..
Ku cari punca yang datang..
Aku tak pasti dengan apa yang kurasai..
Adakah mimpi atau realiti...

Kenapa ini terjadi..
Disaat aku melupai..
Tapi debaran kian menghantui..
Membuatkan aku makin tak mengerti..
Apakah makna mimpi..
Kian menjadi realiti...
Hingga tiada dapat menjauhi..
Dia dari sisi...

Oh hati…
Hentikan lah debaran yang tak pasti ini..
Payah untuk ku melalui liku-liku ini..
Kerana aku tidak setabah Nabi..

Oh Tuhan..
Berikan ketenangan kepada hati..
Agar mudah untuknya menyakini…
Ilmu-Mu ku tuntut dan ku dalami..
Mengharap rahmat-Mu yang tersembunyi..
Hanya tersirat pada peristiwa yang terjadi..

Oh Tuhan…
Ku cuba cermin segala tingkahku..
Mungkin tersasar tanpa tahuku...
Yang percaya pada diri dan hatiku..
Ilmu-Mu itu sangat besar buat diriku..
Kerana itulah saja harta dan temanku..

Oh Tuhan…
Harapan ku penuh keikhlasan..
Ilmu-Mu ku tuntut penuh penumpuan..
Mengharap pemberian-Mu yang tiada sempadan..
Memberiku Ketabahan atasi ujian...
Kuatkan iman ku Oh Tuhan!
Hanya Kaulah Tuhan..
Kekasihku yang berkekalan…

Nukilan :
(anjang)

Anonymous said...

"UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI"

Mujahidah Sejati..
Kaulah Serikandi Pembela Agama..
Peribadi Solehah Perhiasan Diri..
Subur Dengan Iman Dan Ketaqwaan..

Mujahidah Sejati..
Berbekalkan Al-Qur'an dan Sunnah..
Bersulamkan Pengorbanan..
Bisa menggegarkan Isi Dunia..

Mujahidah Sejati..
Akhirat Utama..
Kerana Dunia Bukan Pilihannya..

Mujahidah Sejati..
Hatinya Berbeza..
Kerana Diasuh Iman Dan Taqwa..

Mujahidah Sejati..
Terus Subur Mekar Mewangi..
Sehingga Suria Menerangi bumi..
Harapan Ukhuwwah Yang Abadi..

[ Nahwan Nur ]

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringan Do'a Kuhulur
Bersyukur Kepada-Nya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku

Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Hiasilah Dengan Amalan Yang Murni
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

[ Saujana ]


Note :

-sorry sebab lambat post mesej kat sini..

-takdapat nak post kat atas..
apapun, selamat hari lahir buat sha..

-teruskan berjuang dan bersabar selalu menghadapi cabaran dalam perjuangan...

-jangan sia2kan umur yang telah berlalu tanpa membuat bekal untuk masa bertemu Tuhan..

kerana..

Perjuangan itu..
Gerun dan mengerikan..
Hebat dan dahsyat..
Menggerunkan hati..

Bagi mukmin
Di sini harga dan nilainya
Bagi mukmin
Di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu
Bagai sampan di laut
Di atasnya tiada perlindungan
Di bawah air
Melambung dan menggulung
Menongkah gelombang
Yang datang melanda

Kiri kanan
Depan dan belakang
Angin yang menderu
Tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang2 terdampar
Di batu karang
Penumpang menerima
Nasib berlainan
Ada yang jatuh
Ada yang tenggelam
yang pandai berenang
berpaut ke sampan

Ya Allah
Ya Allah
Bantulah kami
Bahagia di dunia dan akhirat

Kiri kanan
Depan dan belakang
Angin yang menderu
Tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang2 terdampar
Di batu karang
Penumpang menerima
Nasib berlainan
Ada yang jatuh
Ada yang tenggelam
yang pandai berenang
berpaut ke sampan

Ada yang berjaya
Berenang ke tepian
Sekali lagi
Ia belayar sampan
Walau pelayaran
mungkin tak berjaya
Namun harapnya
Hanya pada Tuhan yang Esa
Namun harapnya
Hanya pada Tuhan yang Esa

-semoga ISTIQOMAH dalam perjuangan..

-insya-Allah, Dia sentiasa bersama kita yang ingin menegakkan syari'at agamaNya..

(abgchik)
Khamis
itd iium
9:00 am
15 Sept 2005

Anonymous said...

"SEMARAK PERJUANGAN"

Marilah beramal
Beramal kerana Allah..
Beramal kerana..
Allahu Akbar!!

Beramal kerana Allah..
Pemuda melangkah gagah..
Menjana kuasa rakyat
Persiap menghadapi cabaran
Menjana kuasa rakyat
Persiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegakkan kema'rufan..
Menentang kemungkaran..
Allah pasti bersama
Teguhkan ukhuwwah
Hidupkan jemaah
Susulah barisan
Usah terleka
Bersatu teguh
Mara bersama
Moga ISLAM terus bersubur

Kerahkan tenaga
Jua fikiranmu
Korbankan harta
Sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah
Laungkan takbir..
Allahu Akbar!!

Bersatulah kita
Bergerak melangkah
Tegakkan ISLAM
Agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
ISLAM pasti gemilang..
ISLAM pasti gemilang..

[ Shoutul Amal ]

Anonymous said...

"Di Hari Lahirmu"

Di hari lahirmu...
Keinsafan menjalari jiwaku
Kerana ku tahu usiaku juga begitu
Tafakur diri pada yang SATU
Makin bertambah usiamu
Terlalu berharga kurniaanMu Ya Allah..
Kepada sahabatku..

Di hari lahirmu...
Ku terkenangkan segala jasa ibu
Melahirkan jua mendewasakanku
Seperti ibumu
Dengan kasih sayang ibu
Ku tanya diri..
Mampukah aku..
Untuk membalas segala jasanya itu

Di hari lahirmu...
Ku kenali erti sebuah persahabatan
Kuhargai hati seorang teman
Setinggi penghargan aku ungkapkan
Untukmu yang sering berlegar diingatan
Ukhuwwah ini akan terus segar diingatan
Selagi nyawa di kandung badan

Adaptasi khas buat teman seperjuangan ...

(hifzu_fuadi)

Anonymous said...

"SEMALAM ADALAH ERTI SEBUAH PERJUANGAN BUAT DIRIKU"

Semalam yang berlalu..
Masih dalam ingatan..
Kata2 itu tergiang2 dalam kotak pemikiran..

Semalam yang berlalu..
Esok yang menanti..
Kepastian..
Pengharapan..
Impian buat seorang pejuang..
Dalam medan pertempuran..
Kemenangan..

Semalam yang berlalu..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Walaupun diriku dah bersiap sedia..
Namun..
Perancangan demi perancangan..
Allah yang menentukan segala..


Kita dilahirkan demi perjuangan..
Mengertilah diri ini..
Setiap yang hidup..
Pasti ada kelebihan..
Janganlah berbangga..
Dengan apa yang kita miliki sekarang..
Tiada yang kekal..
Dalam meniti arus perjuangan..
Kadang kala di langit..
Kadang kala di dasar lautan..
Apa yang kita cari..
Puncak segala puncak..
Menang setelah kita kalah..
Bahagia setelah derita..
Tenang setelah lama berduka..

Semalam yang berlalu..
Bersyukurlah dengan apa yang ada..
Kelebihan bukan kebanggaaan..
Kekurangan bukan kecacatan..
Tetapi engkaulah mentari..
Wahai perjuangan..
Yang seakan mencabar diriku..
Keutuhan hati dengan nostalgia..
Namun hati budi menjadi impian..
Dengan mengisi ruang kosong..
Buat sisa2 umurku yang masih berbaki..

Nukilan:
(abgchik)