Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi semata-mata kerana Allah.. Selamat melayari laman web ini,moga-moga kita sama-sama dapat berkongsi maklumat,artikel ilmiah dan pandangan semata-mata kerana Allah Taala...
Monday, August 01, 2011
Ramadhan Kareem
Friday, January 21, 2011
The Approach Of Armagedon
pagi ni bila lihat sahabat memegang buku Armagedon 2012 karya Muhammad Alexender teringat pula pada buku yang dah lama aku miliki 'The Approach of Armageddon'..mmg menjadi buku kegemaran aku..kedatangan peperangan itu kian hampir dan mmg semakin dekat dgn kita..
Dalam peristiwa Isra' Mi'raj juga ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanannya menuju langit berjumpa dengan seorang perempuan tua yang sudah bongkok yang melambangkan usia dunia yang sedang menuju akhirnya...
DOSA?
semakin panjang usiaku, semakin banyak dosa yang aku lakukan..samada secara sengaja atau tidak..semakin aku leka mengejar dunia..sedangkan aku sendiri tahu apa yang aku kejar cumalah fatamorgana sahaja...
Ya Allah..dalam langkahku ini Engkau pimpinlah...
ampunilah hambaMu ini...
Amin..
Thursday, January 13, 2011
Semanis Kurma..
bagus tajuk Semanis Kurma malam ni...percintaan alam maya yang menghancurkan rumah tangga. Dulu memang aku tak minat sgt dgn slot nie..tp sejak dh dua tiga kali menonton rancangan nie rasa mcm makin tak nak tinggal slot nie..jom tonton....
Wednesday, January 12, 2011
Bagan Datoh VS Parit
Sejak menetap di Bagan Datoh (Hutan Melintang) ni, memang aku betul2 mencintai tempat ini..walaupun arwah tok sebelah abah asalnya org kg Pasang Api(Bagan Datoh)..mana taknya, setiap hari pergi sekolah balik sekolah hujung minggu sll balik parit...kat sini tiada saudara mara utk aku bertandang dan melepaskan kerinduan...namun..setelah hampir 4 thn disini, tempat ini benar2 aku rindui...kalau balik Parit asyik teringat nak balik Bagan Datoh...disini ada insan-insan yang aku sayangi...disini ada murid2 yang aku cintai..ada sahabat2 yg aku kasihi..ada kehidupan Ulum yang mendamaikan hati....
Mungkin suatu hari nnt tempat ini akan kutinggalkan...namun tak mungkin akan kulupakan segala2nya yang berlaku disini....
Monday, January 10, 2011
menunggu...
penantian itu suatu penyeksaan..mmg benar ungkapan ini..
namun, aku akan terus menunggu dan menunggu hingga sampai waktu itu...
insyaAllah..Allah maha Kaya...Dia pasti akan menemukan aku dengan waktu itu...amiiiin...
Wednesday, August 25, 2010
asfa solehah

asfa solehah yang semakin membesar...
umi lipat kain dia sepahkan..
umi sidai kain dia angkat kain..
umi masak dia tarik2 baju umi..
umi makan dia pun nak makan..
umi menulis dia menulis juga..
umi membaca dia membaca..
umi solat dia baring depan umi..
umi berdoa dia berdoa juga...
apapun yang asfa buat..asfa adalah yang paling umi cintai...
Pengorbanan
Adakah pengorbanan itu memerlukan bayaran?
Adakah pengorbanan itu akan menjadi pengalaman yang dilupakan?
Aku telah berkorban...
harga diri
kasih sayang
dan
sesuatu yang amat besar dalam hidupkan
semuanya seakan pergi begitu sahaja...
alangkah pahitnya...
Tuesday, May 18, 2010
Kesedihan...
Kesedihan terlalu sinonim dengan diriku... sehingga kadang2 aku mempersoalkan semua kekecewaan yang aaku hadapi..
Aku membiarkan diriku dipersalahkan dan dibenci sedangkan hakikatnya aku sembunyikan dengan rapi dan tidak dapat ku terjemahkan dengan riak wajahku sendiri...
terlalu lama aku meredah lautan kesukaran ini hingga aku seakan tekad untuk mengakhirinya sahaja..
namun, aku ada asfa solehah yang membataskan segalanya....

Wednesday, April 14, 2010
ILMU
rasanya sejak jd cikgu ni ilmu aku cetek sgt..mmg aku terlalu dahaga untuk menimba ilmu dalam bidang aku..aku nak jadi lebih expert dan pakar dalam bidang yg sangat2 aku cintai ini..skrg aku still survey peluang utk melanjutkan pelajaran ke Madinah atau Jordan utk master level..atau memadai hanya di UIA sahaja..entahlah..tp ak ingin belajar dan bertenang di Madinah..aku terlalu rindukan bumi itu, tak puas rasanya menziarahi Rasulullah dan para sahabat juga arwah tok yg aku sayangi...
Ya Allah..permudahkanlah..amin..
Ya Allah..permudahkanlah..amin..
Friday, February 19, 2010
Rezeki dan Erti Bahagia
Petang ni tonton rancangan al-Kulliyyah bersama suami..Panelnya Ustz Zaharuddin dr UIA yg juga ahli tanzim staf kami dahulu...
aku tertarik dengan perumpamaan yg beliau berikan ttg sebuah keluarga yg besar yg hny memiliki kereta kancil tp bila nak masuk/keluar kereta sentiasa tersenyum+bahagia+bersyukur dgn rezeki yg mereka ada...berbanding dgn keluarga yang memiliki kemewahan berlimpah ruah tp kehidupan mereka kosong dan tidak bahagia kerana rezeki yg mereka dapat tidak berkat...
Ya Allah...bila Ust sebut rezeki bukan sahaja terbatas pada harta benda tp pada nikmat kesihatan,keselamatn, masa yg Allah berikan juga adalah rezeki...
Lepas menonton, aku ke sekolah bersama suami dan asfa krn ada brg aku yg tertinggal di bilik guru..sampai di sekolah aku lihat beberapa org pelajar lelaki lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat sedang bersiar2 di pondok ilmu..ada yg berkejar2an sesama mereka..aku pandang mereka dgn perasaan kasih dan sayang dan juga sesuatu perasaan yg tidak biasa aku alami pada mereka..mereka kebanyakannya tidak pandai dari segi ilmu tp merekalah kelak yg akan mendoakan aku...
terlalu mahal harga sebuah kebahagiaan...aku tidak pernah menyesal dgn apa yg aku ada hari ini kerana aku telah memilih jalan hdupku sendiri...
Ya Allah, padaMu aku serahkan jiwa dan ragaku...aku mendamba cintaMu yang sejati berbanding cinta manusia yang batil...

Thursday, February 18, 2010
my students..
aku mengasihi kalian lebih dari diriku...
setiap kali wajah kalian ku pandang
aku melihat masa depan kalian yang tidak dapat ku teka bagaimana...
pedihnya aku melihat kalian membuang masa
mengabaikan perhatian yang guru berikan..
alangkah dukanya hatiku memikirkan kehidupan kalian kelak..
bagaimanakah....
sekarang kalian bersenang-senang dengan kehidupan..
tapi esok...
wahai anak-anakku...
berusahalah...
Tuesday, February 16, 2010
Anakku adalah cahaya hatiku..
Masa yang pantas pergi
terlalu pantas masa itu pergi
sehingga tak sempat aku menolehnya..
terlalu pantas masa itu menggodaku
sehingga aku tenggelam dan lemas dalam dosa dan noda...
masa telah menghumban aku ke daerah gersang dan tandus
dan aku mengejar fatamorgana yang batil
dan aku kian dikalahkan
masa
engkau telah memenanginya
namun aku akan terus mengejarmu...

Wednesday, January 20, 2010
Bingkisan Buat Suami
Thursday, January 14, 2010
bintang-bintang di hening subuh
pagi tadi spt biasa aku bangun pukul 5.30 pgi..siap kemas rumah mana yang mampu aku basuh kain kat belakang rumah..melihat ke langit yang gelap aku nampak kerlipan cahaya bintang2 yang amat menyenangkan hati aku yg serabut ketika itu...alangkah lapangnya dadaku..perasaanku menjadi teduh seteduh alam yg baru reda dari ribut yg menggila..ketika itu aku teringatkan seseorang yg begitu bermakna dalam hidupku...aku titipkan doa buatnya...asfa solehah...
Subscribe to:
Posts (Atom)