Friday, February 19, 2010

Rezeki dan Erti Bahagia

Petang ni tonton rancangan al-Kulliyyah bersama suami..Panelnya Ustz Zaharuddin dr UIA yg juga ahli tanzim staf kami dahulu...
aku tertarik dengan perumpamaan yg beliau berikan ttg sebuah keluarga yg besar yg hny memiliki kereta kancil tp bila nak masuk/keluar kereta sentiasa tersenyum+bahagia+bersyukur dgn rezeki yg mereka ada...berbanding dgn keluarga yang memiliki kemewahan berlimpah ruah tp kehidupan mereka kosong dan tidak bahagia kerana rezeki yg mereka dapat tidak berkat...
Ya Allah...bila Ust sebut rezeki bukan sahaja terbatas pada harta benda tp pada nikmat kesihatan,keselamatn, masa yg Allah berikan juga adalah rezeki...
Lepas menonton, aku ke sekolah bersama suami dan asfa krn ada brg aku yg tertinggal di bilik guru..sampai di sekolah aku lihat beberapa org pelajar lelaki lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat sedang bersiar2 di pondok ilmu..ada yg berkejar2an sesama mereka..aku pandang mereka dgn perasaan kasih dan sayang dan juga sesuatu perasaan yg tidak biasa aku alami pada mereka..mereka kebanyakannya tidak pandai dari segi ilmu tp merekalah kelak yg akan mendoakan aku...

terlalu mahal harga sebuah kebahagiaan...aku tidak pernah menyesal dgn apa yg aku ada hari ini kerana aku telah memilih jalan hdupku sendiri...

Ya Allah, padaMu aku serahkan jiwa dan ragaku...aku mendamba cintaMu yang sejati berbanding cinta manusia yang batil...

1 comment:

Qais Baain said...

meraka tidak banyak ilmu yang cikgu pikir kan. tapi nescaya 1 ari nnti meraka ni lah yang akan menaikan akidah islam dan, meraka x kan lupa siapa yang mendidik meraka sehingga menjadi seowg yang berjaya dalam hidup