Saturday, August 19, 2006

Bulan Merdeka

31 Ogos kian hampir...rasanya baru lagi ku sambut hari merdeka tahun lepas. Tiada banyak bezanya perayaan menyambut merdeka tahun ini dan tahun lepas..mungkin tahun ini iklan2nya lebih moden. teringat kata-kata Editor Anis (Abu Hasan Morad)berkenaan jatidiri bangsa..negara-negara yang pernah dijajah 'kurang' menekankan aspek pembinaan jatidiri bangsa berbanding negara-negara yang menjajah dan tidak dijajah seperti China, Jepun...Mereka menanam pada anak-anak mereka sifat dan sikap cintakan bangsa dan negara sehingga betul2 sebati dalam diri generasi muda biarpun mereka itu belum boleh menafsir atau mengerti apa-apa...

mungkin sama seperti diriku, aku tidak tahu adakah aku benar2 memiliki jatidiri melayu islam yang benar2 tulen dan praktikal...pastinya telah bercampur dengan warna-warna luar yang hitam dan mengotorkan jiwa...astaghfirullah...

Ogos ini akan jadi lebih bererti....
28 Ogos- hari konvokesyenku...semoga hari itu akan menjadi kegembiraan buat aku, mak dan abah serta adik-adikku...dan tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan rakan taulan yang sekian waktu menyusur jalan yang berlainan arah..kami terpisah oleh jarak dan waktu...semoga sempadan itu tidak merenggangkana kami....the most people i want to meet is Kak Ida...miss her so much...

semoga september yang bakal tiba lebih indah dan bahagia dari tahun yang lepas2...mungkin kerana 'seseorang' yang sentiasa memenuhkan hatiku dengan perasaan bahagia dan gembira...:) syukran byk2..semoga segala usaha diberkatiNya...

Cinta itu ada sempadan
di kanan iman
di kiri nafsu
di depan ada dua jalan
satu yang lurus
satu yang bersimpang-simpang
di belakang
kisah-kisah silam

pilihan
ada di tangan