Friday, December 23, 2005

Selamat Datang 2006

terlalu cepat masa berlalu..tahun 2005 pastinya akan menjadi kenangan yang baik untukku ingati namun sebolehnya aku mahu lupakan zaman belajar di Universiti..means, mahu mulakan hidup baru bersama insan2 yang tersayang...:)

azam tahun baru..? still thinking dan cuba buat draft yang terbaik... tapi yang sebenarnya tidak elok terlalu merancang...banyak sangat perkara baik yang berlaku tanpa dirancang...:)

M12 dah berlalu..thanks pada Faizal yang banyak membantu..cannot be a good assistant for him..but thanks for being my guider and for this good cooperation.. dan buat sahabat2 panitia M12 yang bertungkus lumus menjayakan muktamar kita..alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..

Azim ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh integrasi Gombak..so..tradisi ke gombak bakal diteruskan sedikit masa lagi...

semoga kehadiran 2006 ini menjadi lebih bererti...

Thursday, December 15, 2005

M12

Esok
datanglah damaikan hati
sekian lama aku memikul beban harga diri
menyimpan cerita
suka dan duka
lusa
segalanya akan menjadi pustaka
bukan arkib
yang akan kubiarkan usang
dan Ahad
aku tinggalkan segala cerita
ku bawa azam dan semangat membara
buat semua sahabat qiyadi 405 semoga segala amal pekerjaan kita diterima dan diredhai Allah..
salam perjuangan..

Thursday, December 08, 2005

after graduating

kembali ke UIA kali ini bukan sebagai warga pelajar..:)

semalam interview dengan Bank Negara Malaysia, tetapi tidak meletakkan harapan yang tinggi..to be among the selected candidates is quite good for me..

bulan januari akan mula bekerja..semoga bulan mei nanti dapat menunaikan umrah kemudian melanjutkan pelajaran lagi..InsyaALlah..

MY CGPA...alhamdulillah..:)

kepada sahabat-sahabat yang graduate sem 1 semoga kita bertemu lagi di masa hadapan dan sahabat2 yang masih berbaki satu sem teruskan perjuangan kalian di bumi UIA..

someone asked me what is frustrated means?

then, what is the best answer becoz for me there is no frustrated after u've trying and put ur afford there..

- tok wan Muzakir meninggal dunia hari ini... pasti akan kami rindui selalu..

- my dear younger brother Azim got 5A's in his UPSR..insyaAllah bakal bergelar warga
Sekolah MEnengah Agama Persekutuan Labu...


still thinking for the 2006 resolution..?


'Wahai Tuhanku, ilhamkan kepadaku untuk mensyukuri segala nikmatMu yang Engkau berikan kepadaku dan juga kepada kedua ibu bapaku, dan untuk melakukan amal soleh yang Engkau Redhai dengan rahmat dan kasih sayang Mu...'

Wednesday, November 16, 2005

Setelah Badai Teduh




Langkahku seakan terhenti
Dia yang datang
Benar mamakukan kekuatan arah
Seolah kembali ke kekontangan cerita semalam
Benarkah itu dia
Atau ada secarik perasaanku
Masih belum sembuh
Dari luka yang penawarnya
Kian haus dan menghilang

Berlalulah pergi
Jauhkan aku dari sinar matamu
Yang menikam sudut basah jantungku
lemparkan bayangan yang kini seakan nyata
rindu itu tak mungkin lagi aku benarkan bertapak
sungguh batinku terseksa
jangan lagi kau ikat kemudian pergi

perahu kita telah lama karam
dan kau yang lepaskan pegangan tanganmu
membiarkan aku hanyut sendiri
lemas dan tenggelam
mujur ada tangan yang meghulur
beri aku nafas
dan kau menjadi
noktah yang tidak sempurna
berbekas lara


Menadah CahayaMu


Setiap kali
Aku menadah cahayaMu
Cinta itupun menjadi Satu
Menyelimuti jiwa
Sepenuh hatiku
Akan terus mengingatiMu
Kelak cinta itu
Bersemadi dalam hatiku
Buat selamanya
Buat mereka yang 'sedang berjuang' semoga perjuangan kalian di berkati dan diredhai Allah..smoga usaha yang dilakukan memberi kejayaan..
Islam Pasti Menang

Monday, October 31, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. semoga syawal kali ini memberi lebih kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua..

Buat UIA.... Selamat Tinggal.. kalau ada umur yang panjang boleh jumpa lagi tapi kalau boleh taknak jumpa dah...:P

dikesempatan ini juga saya memohon jutaan kemaafan diatas segala salah dan silap...

Monday, October 17, 2005

Jalan Lain Ke Sana


Sesekali bila kau hilang arah
Pejamkan matamu
Carikan suara pertama
Yang ayahanda dengarkan
Disitu duniamu bermula
Disitu jua tempat kembalimu

Bina dan dirikan semula
Andai mahligai itu telah roboh
Dipukul badai
Dan sampanmu turut pecah
Karam dalam gelora
Hilang ditengah gelita samudera

Bangunlah semula
Carikan serpihannya yang daya kau temui
Itulah sauh pengalaman
Yang menunjuk arahmu
Ke perjalanan yang masih berbaki ini

Tetaplah dalam hatimu
Tewas bukan bererti kau mesti berundur
Dari medan tempur
Namun jemputlah mereka
Ke urat nadi kita
Kelak lemparkan lembing-lembing
Yang kita asah bersama
Tepat kedada mereka

Simpankan kesumat
Hancurkan lumat
dan
Labuhkan kemuliaan wajahmu
mengadap Rabbul Izzati
dengan hati suci

Thursday, October 06, 2005

2 Ramadhan






Mengimbas kenangan
"Character is the end of Education"
Seorang Muridku
Seorang Muridku
Bajunya keruh dan lusuh
seluarnya singkat dan ketat
sepatunya termurah dipasaran
bibirnya mahal senyuman
namun di wajahnya
ada 'cahaya' membahagiakan

Kekadang aku jadi benci
dia tidak bisa menjawab soalanku
apatah memberi sepatah kata
buat aku yang acap bertanya
Bisukah Kamu?
Tulikah Kamu?
atau, Kamu sudah pandai sangatkah?
aku melepas geram
mencari-cari mangsa keadaan
mengertilah Seorang Muridku
aku benci soalan tiada jawapan

"Ajai! Rumah Kamu tidak ada tandaskah?"
Seorang Muridku memandangku kelu
"Rumah Ajai ada tandas kan?"
ulangku perlahan
suara seorang Ibu
"Tidak ada tandaskah di rumah kamu Ajai?"
ulangku lagi
suara seorang Guru
sepasang matanya terkebil memandangku
'saya tiada rumah Cikgu."
Aku berlalu
"senangnya aku ditipu!"

Hari minggu yang indah
Langit biru yang cerah
Udara nyaman yang permai
aku ziarahi Seorang Muridku
asyik dia melukis sesuatu
di hamparan tanah hitam
"Lukis apa Ajai?" sapaku
"tandas rumah saya Cikgu!"

Aku memandang sesuat disisinya
sebuah buku dan sebatang pensil
sebuah pondok kecil
dan seorang tua di muka pintu

Seorang Muridku
adalah Melayu
Seorang Muridku
adalah lebih dewasa dariku
Seorang Muridku
adalah Guru Pengalamanku

Wednesday, October 05, 2005

1 Ramadhan 1426H

Bersahur dengan roommate Hana dan Fatin...
Hari nie tak berapa sihat..kebelakangan ini asyik demam dan cepat penat..
ini adalah Ramadhan terakhir aku dibumi UIA..terlalu pantas masa berlalu..dan masa tidak pernah menguburkan segala kenangan yang tumbuh subur di bumi barakah ini..
"hadirkan ramadhan dalam hatimu nescaya kau akan bertemu Dia.."

Tuesday, October 04, 2005

Ramadhan Karim


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..
Semoga Ramadhan ini menjadi madrasah untuk melatih iman dan menyuci segala dosa yang telah, sedang dan akan kita lakukan...

Friday, September 23, 2005

Doa

23 September 2005
Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah..
Ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami...
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Berikanlah Kesabaran ke atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir...
"Sesungguhnya Allah tela membeli dari orang-orang Mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka terbunuh dan membunuh (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah didalam Taurat, Injil dan Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar"
untuk Muiez, selamat hari lahir ke 22..semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dunia dan akhirat...:) Along doakan Muiez and Atie....bila nak kawin? :P

Tuesday, September 20, 2005

Di Telapak Kakimu




setenang bayu
kita jahit luka-luka
yang bernanah di dada
kita bina menara mahkota
permatanya bercahaya
setenang bayu
kita mengelus makna
pengorbanan yang tiada silih
kita menyemai cinta
subur berbunga dan membenih
madunya kita hirup bersama
pahitnya kita tawari duka
dan setenang bayu
telah kau mahkotakan syurgaku
di telapak kakimu.
ya Tuhan, kekalkanlah ia di situ.
sajak ditulis oleh Kak Tintasukma....(juita_kalbu@yahoo.com)



20 September 2005
untuk hari ini yang menjadi terlalu bermakna buat diriku...
semoga Allah memimpin atas setiap jalan yang kupilih...
amin..

Monday, September 19, 2005

Mencari Kedamaian Hati

Carilah Kedamaian dalam hatimu
meski kadangkala kau tersasar arah destinasimu
19 september 2005

Thursday, September 15, 2005

Lukisan Demokrasi

kertas lukisan yang mahal harganya

tergantung di sudut tangga

hanya di lihat dan sedikit sahaja menyapa

yang menarik adalah pada warna

menutup tulisan-tulisan lakarannya

menjadi kebenaran tersembunyi

tak semua mengecapi


14 September 2005

Wednesday, September 14, 2005

14 September 2005..

SANG MERPATI

Sang merpati
Putih indah berseri
Telah hilang harga diri
Kerana hati dikunci mati
Meski di sangkar emas
Jiwanya lemas
Dia ingin bebas
Terbang dan lepas
Mencari makna diri


- Sajak ni ditulis oleh sdr serunaifaqir...seorang penyair hebat masa kini..( http://www.serunaifaqir.blogspot.com)
Semoga hari ini menjadi kebahagiaan buat diriku dan semoga Allah mengampuni segala dosa-dosaku...
"apakah pada detik dan ketika ini di musim mendatang, aku sempat menikmatinya lagi..?"

Tuesday, September 13, 2005

air + mid term + Assignments + HM = Istiqomah..:)

13 September 2005...

ketiadaan air di UIA walaupun menyulitkan keadaan tetapi banyak bagi 'rahmat' buat aku.... boleh focus pada study yang dah lama terabai..program discuss buku pun cancel hari ni..so minggu depan la nampaknya baru boleh attend..
pagi tadi 'penat' dalam meeting... masing2 cuba cari decision yang terbaik...anyway, alhamdulillah..perbincangan yang matang harap-harap dapat capai tujuan.. buat sahabat-sahabat semoga terus thabat dan tabah....

Ramadhan Pertama Yang Terakhir

Ramadhan Pertama Yang Terakhir

Kalau ini yang pertama kali
Layak ku ketuk gerbang kota cintamu
Harapnya biarlah ini jadi yang terakhir
Kelak rindu yang berhasrat dan terucap
Menjadi isi langit berbakti

Kalau ini yang pertama kali
Layak ku buka pintu kota cintamu
Biarkan aku menjadi hamba setia
Tanah dulu tidak lagi akan ku pijak
Nanti hadirkan kasih yang subur
Penghuni dalam cita dan cinta

Bertahun-tahun aku bermusafir
Bertahun-tahun aku sekadar mengucup nafasmu
Bertahun-tahun engkau menjadi malam
Tetamu yang gelap gelita

Dan Ramadhan tahun ini
Siangkan aku dengan cahaya Pemberi cinta
Dan panjangkan tidurku di penghujung senja

Jaulah ke Utara...:)






Gambar 1 - 'kami' dan kak Ude...:)
Gambar 2 - Bersama Parents Azmeer
Gambar 3 - Pemandangan Pulau Pinang..near to Kak Ude house
Gambar 4 - Lelaki2 'waja' bergambar bersama pengantin...



Friday, September 02, 2005

Atie dengan Family Muiez...

Di Iskandariah semasa Family Muiez bercuti kesana...nie kat rumah Atie...

Mencari Hudaibiyyah Kedua

Kenangan di KMK 405

Mencari Hudaibiyyah Kedua



Aku melewati kebenaran

Dalam gelap yang hitam

Meranap buih noda

Di lautan penuh dosa



Hujan kebatilan itu kian menyubur

Pada ladang sarat tanaman

Memasak akar nafsu

Pada pohon rendang dedaunan



Pencarian penuh liku

Di atas jalan yang lurus

Pencarian penuh duri

Di atas jalan yang ditunjuki



Aku singgah di kota

Sebuah taman berwarga

Wajah ilmu dan budi

Yang siap siaga



Ku bertemu Sakinah

Di persinggahan mencari

Hudaibiyyah kedua

Wednesday, August 31, 2005

Bidadari Dunia...

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana
tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,
kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan
sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai
adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman
Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan
lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd
hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman
lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai
sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd
dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat
wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg
suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata
Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah
semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita
yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum
penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri
setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas
insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri
wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan
belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.
Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah
didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad
dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,
diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk
menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah
dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka
demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga
dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg
solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau
cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2
mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan
cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu
sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini,
tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.
Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg
berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya.
Persepsi yg salah pd dua perkataan ini
menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa
tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim
kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan
hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2
merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan
debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah
di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku
belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH
jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok
sifatnya...
sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih
bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di taman
akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan
sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg
kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti
kan dia sambung perbualannya dengan penghuni
syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih
jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2
adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya
bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi
bidadari syurga? Wallahu'alam.

Tuesday, August 30, 2005

Selamat Hari Merdeka...


Tanggal 31 Ogos 2005 Malaysia telah menyambut ulangtahun kemerdekaan untuk kali ke 48...
semoga keamanan anugerah Allah ini akan berpanjangan...
Ruba'ie Ibn Amir Berkata...' Sesungguhnya Allah telah memutuskan kami untuk memBEBASkan manusia dari mengabdikandiri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah, memBEBASkanMalysia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhiratdan drpd kezaliman agama kepada keadilan ISLAM..'

Selamat Hari Merdeka Negaraku yang tercinta....:)

.

Perdana Menteri Malaysia dari 1957-2005





panorama kampus menjelang senja..



sedikit masa lagi pemandangan sebigini hanya akan menjadi kenangan...

Ke Pusara Kekasih..

30 Ogos 2005

Sajak ini kutujukan khas buat seseorang yang telah lebih 4 tahun mengadap Ilahi...semoga sentiasa dilindungi Ilahi dan ditempatkan dalam golongan HambaNya yang soleh...

InsyaALlah ada peluang mahu ziarah ke kuburnya lagi...

Ke Pusara Kekasih

Pusaramu kekasih
Menjadi kerinduan hatiku
Mengunjungimu
Saban minggu
Tanpa jemu

Kitab kenangan itu
Sering menjadi sentuhanku
Hujan kedamaian
Dalam kalbuku

Antara kita
Telah ada cerita
Tertulis
Di awal kejadianmu

Lantas wahai Kekasih
Izinkanlah aku mendakap
Angin selimutmu
Awan naunganmu
Tanah hamparanmu
Pohon teduhmu
Menyatu Kalimat Asy-syukruKerana melindungimu

Monday, August 29, 2005

Untuk Seorang Perwira

ditujukan khas untuk adikku Ammar yang akan berangkat ke Jepun awal tahun depan..semoga beroleh segala yang dicitakan dan menjadi hambaNya yang soleh..

Untuk Seorang Perwira


Saat Malam Melucut Bajunya
Dan Siangkan Bermandi Keringat
Dan DIA Yang Hadir Di Penjuru Harap
Jadilah Dirimu Pengemis Cinta
Memohon di Celah Titis Hujan Lebat
Dan Telingamu Kan Melihat
Matamu Kan Mendengar
Kelak Hatimu Mengerti
Carikan Untukmu Sumur
Diladang Kontang

Dan
Saat DIA yang Mengetuk Debar Jiwamu
Dengan Jari Telunjukmu
Kau Bunuhlah Cinta Dunia
Ke Kuburan Fana
Singgahkan Kau Awan Rahmat
Ke Mantiqah taklukmu
Limpahkanmu Rahmat
Tumpahkanmu Berkat

Saat Kau Menjadi Puncak Gunung-Ganang
dan Lautan Terbentang
Kau Dakaplah Kerinduan Hatimu
dan Saat Itu Kau Adalah
Perwira Dalam Dirimu Sendiri

Selamat Tinggal Amin...

27 Ogos 2005

Hari ini sepupuku yang tersayang Mohd Amin kembali kerahmatullah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras.. dari Kedah aku bergegas balik ke KL bersama Huda.. Amin dikebumikan di Melaka keesokan harinya... Bila lihat wajah Amin aku jadi terpegun dan kagum sangat, wajahnya bersih dan jernih sangat..dan wajah dia seolah-olah kembali serupa dengan wajahnya 15 tahun dahulu...:(

Amin sebaya dengan Ammar dan lahir 3 hari sebelum Ammar...

semoga Pak Andak, Mak Andak, Muti'ah, Illias, Akhir dan Aidid tabah menerima pemergian Amin..

Amin... suatu hari nanti Kakak akan pergi jumpa Amin...

Friday, August 26, 2005

Antara Dua Menara

Antara Dua Menara




Antara dua menara

Ada tanah dan langit

Bersatu dalam lukisan alam

Semarak warna

Gelap dan terang



Antara dua menara

Ada dua makhlukNya

Berbeza asal

Bersatu dalam dunia

Berdiri mengadapNya

Dengan derai air mata



Antara dua menara

Ada kubah yang Megah

Ada suara memanggil



Antara dua menara

Ada jasad yang terbujur



Antara dua menara

Ada aku yang jatuh tersungkur

Majlis Pertunangan K.Ida dan Angah





Gambar 1... K.Ida dgn hantaran....:)
Gambar 2... Su, Zura dan Haikal...
Gambar 3... :)
Gambar 4... Ateh yang comel...

untuk Kak Ida dan Angah semoga berbahgia selalu....jgn lupa jemput Sha bila buat kenduri nanti..bole makan nasi minyak banyak2...:P

My Beloved Younger Sister....

Rindu sgt2 kat atie....:)

Syukran..

Syukran pada Abg CHik...

:)

Thursday, August 25, 2005

Jerebu Kasih

Oleh: hifzu_fuadi

Ahad 7 Ogos 2005

Rindu itu adalah…
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu…

Ahhh…!!
Benarkah sakitnya rindu? Walaupun dengan hanya lima huruf… keperitannya dapat dirasai ke pelusuk hati nularinya…Aishah tak tahu kenapa dia begitu lemah sehinggakan mengharapkan pada sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya…

Rindunya ikhlas dan suci..
Ahhhh…Aishah malu mengakui perasaannya itu..Akhirnya Aishah menangis sendirian mengisi ruang-ruang biliknya di Blok A 2.2 Mahallah Sumaiyyah...

Walau bagaimanapun, Aishah cuba menggagahi diri untuk bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai saja mandi dan berwudu’, dia terus mengapai al-Qur’an pemberian arwah neneknya di atas meja comelnya, dijaganya dengan begitu rapi dan selalu dia membacanya sementara menunggu azan magrib bergema dari masjid uia..

Allahuakbar...
Allaaaaaaahuakbar...
Allaaaaaahuakbar...
Allaaaaaaaaaaahuakbar...

Aishah terus menutup kembali al-Qur’an kecil itu..diletaknya kembali di atas mejanya..Dibetul2kan kain telekungnya, lalu dia pun mengangkat takbir dan meneruskan solat Magrib... Rindu hatinya yang tak mampu ditahannya itu, kini sudah terubat dengan mengharapkan “Cinta Hakiki” dari Ilahi.

Tok... tok... tok... terdengar ketukan itu datang dari pintu biliknya..

“Aishah ... enti dah solat ker?” terdengar suara Rafidah dari luar.

“Iyer... ana dah solat... ada apa,Fidah?” Aishah menjawab dan terus membuka pintu biliknya itu.

“Kalau dah solat tu... elok kalau kita makan sekali kat kantin yer..” aju Rafidah dengan nada mengajak.

“Ok jer...”

Selesai makan malam, aishah terus ke biliknya.. maklumlah cuaca sekarang ni kurang memberangsangkan... jerebu semakin kuat nampaknya hari ini.. dadanya pun rasa sakit dan pedih.. pening pun diterimanya.. itulah.. banyak sangat benda-benda maksiat ni.. dengan nabi palsunya, dengan rasul untuk orang melayunya la.. lagi-lagi masalah hiburan.. tah.. macam-macam lagi.. apa tidaknya Tuhan mendatangkan jerebu yang sebegini... itu pun masih ramai yang tak sedar diri lagi... dunia.. dunia...

Aishah melangkah masuk ke biliknya.. terus saja dibuka loker almarinya.. kemudian tergerak pula hatinya untuk melihat telefon bimbit comelnya itu.. eh! ada mesej rupanya... satu ‘sms’ daripada pengirim yang amat-amat dikenalinya..

[ Assalamualaikum Nur, kaifa hal? Maaf lama tak kirim berita.. ana bz skit sekarang ni.. maklum la banyak kena prepare tuk "convo" ni ,ana minta maaf ya, Nur... tolong reply sms ni, plz ]

Aishah terkejut menerima sms daripada Rizal tu, sudah empat bulan Rizal tak menghantar apa-apa mesej kepadanya dan selama itu juga dia menjadi seorang perindu. Ahh..!! Aishah berperang dengan perasaannya, sama ada ingin membalasnya atau membiarkan saja.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan lagi satu mesej baru...

[ plz Nur.. tolong reply.. maafkan ana.. memang salah ana.. plz reply! ]

Selang beberapa minit selepas itu Rizal menelefonnya, tapi sengaja dibiarkan telefon itu terus berdering...

“Hai! Awat yang enti tak angkat tepon tu?” marah Amirah, kawan sebiliknya kerana bunyi itu mengganggu waktu belajarnya. Hari Isnin ini dia ada kuiz.

“Biarkan jer..” ujar Aishah acuh tak acuh. Rasanya dah masuk lima kali ia berbunyi tapi Aishah tetap membiarkan ia berdering.

“Senang-senang enti ‘off’ jer tepon tu..” ujar Rafidah memberi cadangan.

“Penat nanti, dia berhentila...” tambah Aishah tanpa mempedulikan cadangan kawan karibnya itu.

“Ana nak tidur awal malam ni... so, jangan sapa2 buat kacau pulak yer” ujar Amirah sambil mata menjeling kepada Aishah sebaik saja mereka bertiga selesai menunaikan solat isya’. Aishah tersenyum. Perli la tu..

Masing-masing ke bilik untuk merehatkan badan.

Sewaktu berseorangan, Aishah kembali teringat kepada tuan pemberi sms tadi.. Mohd Rizal Hakimi... hanya semester 2 yang lepas dia mengenali pemuda itu.. walaupun masa yang singkat cinta mereka tetap bersemi setiap hari.. namun ramai yang tak tahu tentang hubungan mereka berdua.. mungkin sebab mereka jarang berhubung.. dalam tempoh 4 bulan kebelakangan inilah Aishah telah membuat pelbagai andaian. Ada yang positif dan ada yang negetif. Akhirnya dia tekad untuk terus menyepi dan berdiam diri..

Sehinggalah hari ini Rizal mula menghantar kembali ‘sms’nya, mungkin disebabkan jerebu agaknya.. dia dah tak sibuk sangat dengan meetingnya itu... tapi wajarkah dia mendiamkan diri? Atau perlu bertindak balas? Aishah akhirnya terlelap bersama soalan-soalan itu..

* * * * * *

Khamis, 11 Ogos 2005

Awal pagi itu Aishah tersedar apabila terdengar deringan telefon bimbitnya dan bila di amati, ianya dari Rizal Hakimi. Kemudian dia menerima satu sms berbunyi :

[ Assalamualaikum Nur, selamat pagi.. Rahsia kecemerlangan tamadun silam : Pakar Islam membina kekuatan diri bermula dengan solat di awal subuh hari. Dimulai dengan solat sunat dan membaca al-Qur’an. Mari sambut cabaran ini tuk bina kekuatan diri..]

Errrmmmm.... dah pukul 5:00 pagi rupanya.. terima kasih Rizal, getus hati Aishah. Memang benar ia menjadi kekuatan kepada dirinya..Setiap hari dilaluinya dengan penuh semangat dan azam.

Biarlah.. biarlah Rizal terus menghantar sms.Aishah tetap tak membalasnya. Dia seakan-akan memprotes segala tindakan Rizal selama ini kerana membiarkan dia dilamun rindu sendirian. Sudah hampir seminggu Rizal menghantar sms kepadanya, sejak hari Ahad yang lalu... mengajak bertahajjud tapi Aishah tetap mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa mesej kepada Rizal untuk melihat selama mana Rizal mampu bertahan.

* * * * * *

Jumaat, 12 Ogos 2005

Hari ini UIA diisytihar cuti kerana keadaan jerebu semakin teruk.. ramai yang demam dan batuk.Di bilik A2.2 Sumaiyyah terdengar perbualan dua orang sahabat karib yang sememangnya kelihatan berdua ke mana saja mereka pergi,ke kelas atau ke perpustakaan.. Aishah dan Rafidah.

“So, enti nak balik rumah la malam ni, Aishah?” tanya Rafidah kepada Aishah.
“Ermm.. macam tu la Fidah...” tegas Aishah bersungguh.
“Balik nak aturkan tarikh perkahwinan ker?” gurau Rafidah bersahaja.
“Eleh...Enti nie..ada-ada je la.. tapi kalau kawin pun apa salahnya kan?” jawab Aishah sambil mecebik bibir.Akhirnya, mereka sama-sama ketawa.

* * * * * *

Perjalanan menaiki bas selama lima jam terasa singkat apabila teringatkan keadaan kampung halamannya. Rindu untuk bertemu mak dan ayahnya di kampung. Suasana kampung dapat dirasainya. Lebih aman jika tinggal di kampung dari terus tinggal di bandar yang penuh dengan pencemaran dan maksiat.

* * * * * *

7:30 pagi, Sabtu 13 Ogos 2005

Sesampainya Aishah di rumahnya, terlihat sebuah kereta pacuan empat roda di sebelah kereta ayahnya.

“Takkan ayah beli kereta baru kot?” getus hati kecilnya.

Belum sempat dia memberi salam, ibunya dah muncul membuka pintu.. rupa-rupanya ibunya dah dengar bunyi tapak kakinya memasuki pengkarangan rumahnya. Aishah terus bersalaman dengan ibu dan ayahnya.

“Kamu ni memang langkah kanan la Aishah...” kata emaknya.

“Kami baru selesai menghidang...” kata emaknya berjalan memeluknya sambil melangkah bersama-sama pergi ke ruang dapur rumahnya.

“Ya Allah.. Banyaknya lauk.... semuanya kegemaran Aishah...Nampaknya semakin sihatla Aishah selepas ni..” kata Aishah sambil tersengih-sengih memandang ibunya.

“Aishah.. kita ada tetamu hari ni.... mai ajak diorang makan sekali” laung ayahnya dari ruang tamu rumahnya.

Ermm.. patutla ada kereta tepi kereta ayah, getus hatinya..tapi kereta sapa pula???Rasa begitu berdebar-debar pula hatinya ketika itu.Aishah terus melangkah ke ruang tamu.Aaa..Rizal!! Terkejut dia ketika itu.Aishah tak menyangka sama sekali Rizal yang datang.Dia bawa ayah dan mak dia sekali??? Hati Aishah terus berdebar kencang bak gong yang dipukul. Rizal tersenyum bila melihatnya.’Mimpi apa dia datang ke sini?? Tanya hati Aishah.

“Jemput makan pakcik, makcik...errr.. Rizal..” Aishah mempelawa makan walaupun rasa berat sekali mulutnya untuk mengungkapkan kata-kata itu.

“Aishah..lepas ni mak dan ayah ada perkara nak di bincangkan dengan kamu..” kata ayahnya.

* * * * * *

Selesai makan, Rizal sama-sama menolong Aishah mengemas meja makan.Tiada sepatah pun kata-kata yang terkeluar dari mulut Aishah ketika itu. Tangannya sibuk membasuh pinggan dan Rizal pula mengelap meja makan. ‘Tunjuk rajin konon’ getus hati Aishah sendirian.

“Enti masih marah lagi pada ana, Nur?” terpancul pertanyaan Rizal secara tiba-tiba. Hampir terlepas saja pinggan ditangan Aishah kerana terkejut dengan teguran dari Rizal itu.

“Enta pi la kat depan bersembang dengan ayah ana.. ana ni pun dah nak siap dah membasuh..” Aishah menyuruh Rizal kerana kurang senang pula bila diperhatikan semasa dia membasuh. Gementar kot atau pun nak mengelak dari ditanya oleh Rizal lagi.

* * * * * *

“Kami semua dah pun berbincang...mak dan ayah dah setuju...tinggal keputusan dari kamu saja, Aishah..” kata emak sebaik saja Aishah mula duduk ditepinya.

"Eh? Setuju apa pula ni ayah,mak?"tanya Aishah.

“Hakimi ada cerita hubungan kamu berdua di kampus selama ni.. kami pun dah setuju nak buat kenduri kamu berdua lepas raya puasa ni..” terang ayah.

“Mak,ayah.. Aishah nak minta izin bercakap dengan Rizal sebentar..” minta Aishah sambil memandang wajah Rizal. Rizal tersenyum-senyum malu tapi Aishah tak mampu untuk membalasnya kerana banyak perkara yang sedang difikirnya ketika itu. Aishah terus mengajak Rizal keluar rumah.

“Apa yang enta dah buat ni,Rizal? Dah la kita baru saja berkawan, baru satu sem dan sem 3 pula enta menghilang diri, nak bertanya khabar ana pun tak.. ikut suka hati enta pula nak muncul bila-bila..tup..tup.. muncul terus datang meminang ana..enta ingat ana ni sapa? Tak der perasaan langsung..” serang Aishah bertubi-tubi.

“Aishah.. maafkan ana.. ana bukan sengaja menghilangkan diri.. ada banyak masalah masa ana di sem 3 lepas, ana kena prepare tuk convest yang nak mai dua tiga hari lagi ni..tolong la faham, Aishah.. jadi, inilah bukti kesungguhan ana terhadap hubungan kita, Aishah.. hati ana telah memaksa untuk berjumpa mak dan ayah enti, Aishah...harap enti faham.. perasaan ana tetap macam dulu.. percayalah. Ana ikhlas ingin memperisterikan enti.. terimalah lamaran ana ni..” jelas Rizal dengan panjang lebar dengan nada merayu.

Akhirnya, Aishah memandang wajah Rizal dan terus tersenyum. Rizal terpinga-pinga apabila Aishah meninggalkannya dan terus masuk ke dalam rumah. Kemudian Rizal menyusuli langkah Aishah masuk ke ruang tamu.

“Pakcik, makcik.. saya minta diri dulu...insya-Allah, esok kami datang lagi untuk bicang dengan lebih lanjut, lagi pun rumah saya tak jauh sangat..” kata Rizal sambil bersalaman dengan ayah Aishah dan memandang Aishah yang tersenyum-senyum sejak dari tadi.

“Terima kasih , Aishah.. jaga diri elok-elok..” pesan Rizal sebelum bertolak.

Ermmm.. betul apa yang diguraukan oleh Rafidah sebelum dia balik ke kampung, masin betul mulutnya itu.

Alhamdulillah, rindunya selama ini dah terjawab dengan kedatangan Rizal ke rumahnya untuk meminangnya.. Aishah benar-benar bersyukur kepada Allah. Bersangka baiklah dengan Allah, nescaya ianya seperti apa yang kamu sangkakan.

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya..”

(Surah Al-Baqarah : 216 )