Friday, June 26, 2009

my mate


'to love is to feel the sun from both sides'
Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

my kid Asfa Solehah

lamanya aku biarkan blog nie..hampir 3 tahun rasanya
memang aku kesuntukan masa untuk update dan cari bahan untuk tatapan diri sendiri

masa berlalu begitu pantas, terlalu banyak peristiwa suka duka yang berlaku dalam hidupku..
Alhamdulillah berkat kesabaran dan pertolonganNya aku dapat mengharung segala dugaan yang menimpa..

18 Apr 2009 aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan..walaupun aku dijangka bersalin pada 26 julai 2009 namun aku sudah sakit dan tanda-tanda melahirkan sudah ada..3 hari aku terpaksa stay kat labour room rasa mcm duduk kat bumi perang..sekejap-sekejap dengar suara orang mengerang kesakitan..memang sakit dibuatnya..tiada siapa dibenarkan melawat, hanya suamiku diberi masa 5 minit untuk berjumpa denganku setiap hari..

hanya Allah sahaja yang tahu betapa terseksanya perasaan dikala itu..dahla seminggu sebelum tu aku ditahan di labour room hosp teluk intan selama 4 hari..doktor dah benarkan aku bersalin..masa tu baru 25 minggu usia kandunganku..kat sana pun tiada siapa boleh melawat..sabar je la aku.. bila dah keluar hospital ingatkan dah makin sihat..tapi sakit aku datang kembali..

doktor bagi aku ubat tahan sakit..tp aku still sakit..tak hilang2..makin sakit lagi ada..akhirnya pada pukul 3.49 pagi sabtu aku selamat melahirkan 'Asfa Solehah' yang aku tunggu selama ini..

berat Asfa ketika lahir 942gram...kecik sgt..adala besar botol mineral tu..Asfa terus dikejarkan ke wad NICU. suami aku bagitahu selama 2 jam doktor terpaksa pam jantung asfa secara manual disebabkan ventilator tak tiba lagi dr hosp slim river..pagi esoknya aku terus datang kesana melihat Asfa...sayunya rasa bila kali pertama melihat dia..air mata tak dapat nak ditahankan lagi...ya Allah..sucinya dia sesuci namanya...

Asfa terpaksa dirawat di NICU selama 42 hari dan wad 6C selama 10 hari..selama itulah aku menemani dia di hospital...kecuali ketika berada di maktab, hanya suami aku yang setiap hari datang melawatnya...

hari jumaat seminggu selepas Asfa lahir, Asfa kerap berhenti bernafas..aku cemas sgt bila doktor bagitau Asfa ada masalah..tiba-tiba je dia berhenti nafas lama..badan dia biru..bila doktor pakar datang, doktor pam jantung asfa secara manual sbb dia dh mmg berhenti bernafas..ramai doktor dan nurse berada disisi asfa...aku dan suami hanya berdiri di luar bilik..doktor housemen yang ada kat situ memberitahu kami keadaan Asfa yang walaupun di pam jantungnya masih lemah dan bertambah lemah...perasaan aku kosong masa tu..aku hampir tak faham apa yang dia cakap..aku cuma merenung wajah doktor tu..bila dia kata keadaan asfa tenat dan minta kami bersedia terima kenyataan barulah aku tersedar..lemah kaki aku dibuatnya..jantung aku rasa mcm nak berhenti berdenyut...
aku dan suami masih menunggu...dalam hatiku waktu itu tak henti2 berdoa..aku tak menangis tapi aku kuatkan semangat dengan harapan Asfa juga akan kuat semangat..
doktor pakar datang berjumpa kami dan bagitau asfa tenat...masa tu aku nak merayu suruh dia lakukan yang terbaik untuk selamatkan asfa tapi tiada suara yang keluar...

kuasa Allah telah selamatkan Asfa...selama hampir 3 jam dia bertarung nyawa dan selama stgh jam dia tak bernafas, akhirnya Asfa bernafas dengan baik semula dan terpaksa pakai ventilator utk jangka masa yang lama....

Asfa adalah seorang pejuang bagiku...dia telah berjuang dari hari pertama dia berusaha untuk menjadi khalifah Allah di dunia...

aku sentiasa memberi semangat padanya agar terus berjuang..terus tabah hadapi segalanya.. Asfa juara... juara di hati umi dan ayah...

- current weight 2.0 kg

my school

Sek Men Agama Al-Ulum Al-Syar'iyyah
www.smaaus.bpi.edu.my


aku menjadi manusia biasa di sini...
kerana setiap langkah yang aku atur aku lakukan demi 'mereka' ..
ya Allah, permudahkan jalan yang aku tempuh
bantulah mereka memahami apa yang aku ajarkan...