Monday, March 19, 2012

Realiti dan Fantasi

alhamdulillah...bersyukur pada Allah yang telah memberikan aku kesempatan untuk bercuti panjang bersama keluarga..melaksanakan tugas2 sebagai isteri dan anak amat indah, menarik dan amat mencabar.

kembali ke Hutan Melintang bersama Asfa membuatkan aku berasa seperti kembali ke dunia fantasi yang aku tidak berapa ingin menyentuhnya malah lebih rela kalau ia bukan sesuatu yang perlu diharungi, namun tanggungjawab sebagai guru di sekolah agama disini terlalu besar ertinya buat diriku...sentiasa terbayang-bayang pelajar2 yang dahagakan ilmu yang perlu aku ajar dan didik mereka..bahkan mereka telah menjadi sebahagian dari hidupku..

kadang-kadang aku rasakan bahawa hidupku bersama keluarga yang jauh itu lah yang fantasi..atau realitinya kehidupan ku disini lebih besar maknanya dari kehidupan disana...

apapun tugas sebagai isteri, ibu, anak dan guru adalah jawatan yang perlu aku pikul dan bertanggungjawab untuk aku dedikasikan diriku ini untuk mereka yang berada disekelilingku..

juga, dalam kesemua jawatan itu, aku juga adalah hamba Allah yang kerdil yang padaNya sahaja aku berserah..menyerahkan segala cinta, kebahagiaan dan apa yang aku perloleh hari ini untuk aku sandarkan padaNya..

bukankah semua yang ada pada hari ini adalh pinjaman semata pasti suatu hari kelak semua ini akan kembali kesisiNya...

teruskan berusaha...samada realiti atau fantasi yang kita rasakan, inilah jalan yang telah kita pilih..

ya Allah, kuatkan hati-hati kami..

No comments: