Monday, April 09, 2012

asfa and my beloved..




blog yang menjadi teman

mungkin selama ini disebabkan aku tidak mempunyai teman rapat yang terlalu rapat denganku membuatkan aku tidak dapat menjadikan blog ini sebagai teman karibku..

blog ini mungkin persis seorang sahabat yang sentiasa mendengar isi hati dan menjadi tempat untuk aku pamerkan segala kegembiraan dan apa yang aku alami..namun 'dia' tidak dapat menjadi seseorang yang terkesan sehingga bukan semua waktu aku perlu berada disisinya..

semalam (semasa berkursus di Flamingo Hotel selama 3 hari) ada beberapa teman sejawatku yang mempromosikan blog masing-masing dan menceritakan semua berkenaan blog, aku cuma mendiamkan diri dan tidak memberitahu langsung aku ada blog..mungkin sbb aku malu atau apa sebenarnya aku sendiri tidak pasti..

apapun yang pasti, aku bukan menulis untuk mempamer kehebatan diri...semua perasaan baik dan buruk hanya yang pasti adalah untuk aku baca sendiri dan aku tidak pernah hairan atau rasa tidak puas hati apabila blog ini tidak banyak follower macam blog-blog yang lain...mungkin blog ini suatu hari nanti menjadi tatapan untuk anakku melihat diriku setelah aku tiada nanti...:) dan aku pasti sebab itulah aku selalu menulisnya disini...

untuk seseorang yang membina blog ini untukku, terima kasih banyak2..jazakallahu khairal jaza'..

untuk diriku, rakan-rakan dan sesiapa yang mengenali diriku, ingatlah, kehidupan hanyalah sebuah persinggahan yang kita mesti untuk berjalan dan bangun semula menyambung perjalanan kita ke sebuah destinasi yang kekal abadi...

:)


TENTANG RASA.....

rasa itu datang dan pergi
tidak mengira masa dan situasi
antara keinginan dan keizinan
rasa itu kerap menjadi kebenaran

pasti,
rasa itu datang dan pergi
berjalan, berlari dan terbang tinggi,
menemukan hasrat
di atas butir-butir kalimat
melimpahkan hujan bakti
di lautan nikmat


kemudian,
rasa itu menjadi kekal
rasa itu merubah akal
rasa itu menunjuk asal
penghuni rumah ilahi