Monday, March 19, 2012

Realiti dan Fantasi

alhamdulillah...bersyukur pada Allah yang telah memberikan aku kesempatan untuk bercuti panjang bersama keluarga..melaksanakan tugas2 sebagai isteri dan anak amat indah, menarik dan amat mencabar.

kembali ke Hutan Melintang bersama Asfa membuatkan aku berasa seperti kembali ke dunia fantasi yang aku tidak berapa ingin menyentuhnya malah lebih rela kalau ia bukan sesuatu yang perlu diharungi, namun tanggungjawab sebagai guru di sekolah agama disini terlalu besar ertinya buat diriku...sentiasa terbayang-bayang pelajar2 yang dahagakan ilmu yang perlu aku ajar dan didik mereka..bahkan mereka telah menjadi sebahagian dari hidupku..

kadang-kadang aku rasakan bahawa hidupku bersama keluarga yang jauh itu lah yang fantasi..atau realitinya kehidupan ku disini lebih besar maknanya dari kehidupan disana...

apapun tugas sebagai isteri, ibu, anak dan guru adalah jawatan yang perlu aku pikul dan bertanggungjawab untuk aku dedikasikan diriku ini untuk mereka yang berada disekelilingku..

juga, dalam kesemua jawatan itu, aku juga adalah hamba Allah yang kerdil yang padaNya sahaja aku berserah..menyerahkan segala cinta, kebahagiaan dan apa yang aku perloleh hari ini untuk aku sandarkan padaNya..

bukankah semua yang ada pada hari ini adalh pinjaman semata pasti suatu hari kelak semua ini akan kembali kesisiNya...

teruskan berusaha...samada realiti atau fantasi yang kita rasakan, inilah jalan yang telah kita pilih..

ya Allah, kuatkan hati-hati kami..

Friday, March 16, 2012

aktiviti cuti sekolah...

alhamdulillah cuti sekolah kali ini benar-benar dapat dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga..

10-12 mac - family trip to kelantan..bersama keluarga suami
ada aktiviti shopping (paling menarik) , sukaneka ( tak sangka aku kuat lari..:) , ziarah
ke tempat2 menarik..mandi laut, kolam..

13-15 mac - menghabiskan masa bersama bersama mak, abah dan adik2, suami dan juga asfa..

16-18 mac - teluk batik resort , menemani suami meeting disini, sambil menyiapkan skrip2
peperiksaan yang belum selesai...

18 mac..home sweet home.. hutan melintang..

masih berhutang untuk menyiarkan puisi ku "tentang rasa"..


Wednesday, March 07, 2012

Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani

semalam selesai membaca Travelog Minda Tajdid, hari ni sangat teruja membaca Tunggu Teduh Dulu yang memang lama sudah diketahui tajuk dan penulisnya cuma belum berkesempatan membaca...alhamdulillah, sangat admire dengan watak Salsabila Fahim...

rindu pada Lepaskan kembali aku ke laut..pada Izma, Kazman dan Usmal...

pada Tok Ya dalam The old man at the foot of the mountain...pada Gadis Oren, pada Mimpi Mastura....juga pada Antara Dua Menara yang ku hafal setiap baitnya...

esok, insyaallah akan ku coretkan sajak terbaruku...Tentang Rasa yang telah lama tersimpan dalam buku ku...:)


Tuesday, March 06, 2012

my little asfa...




asfa permata hatiku...

Menangani masalah hidup

syurga melupakan kita pada segala derita dunia, sementara neraka melupakan kita pada segala nikmat dunia...

kenapa mengeluh dengan segala penderitaan dan kesusahan yang dialami sedangkan jalan ke syurga masih jauh untuk ditempuhi...

Ya Allah, senangkanlah hatiku untuk melalui semuanya ini...amin ya rab..

Travelog Minda Tajdid oleh DrMAZA


Sementara menunggu pelajar menjawab soalan peperiksaan sepanjang minggu ini, saya memilih untuk membaca buku TRAVELOG MINDA TAJDID tulisan pensyarah saya di UIA dulu... sangat teruja untuk membaca setiap tulisannya..

antara yang menarik...

" Kita lupa, bapa kita, iaitu Adam asalnya dari syurga, dan kita lupa sepatutnya kita pulang ke sana. kita bukannya berasal dari neraka. Al-Quran sering mengulangi kisah Adam. antara hikmahnya supaya kita mengingati hakikat ini. tempat pulang kita adalah syurga yang dilimpahi dengan segala kenikmatan"

" hidup adalah kembara. kita semua pasti akan sampai ke satu destinasi yang bernama kematian. cumanya dalam kembara dibenua yang luas ini setiap kita melalui denai, lurah, lorong, lembah, jalan dan dataran yang tidak mungkin sama. namun perhentiannya hanya satu, kita akan mengadap Tuhan yang maha Adil"

"perjalanan, pasti akan berakhir. cuma yang kita runsingkan, bagaimana ia berakhir. berbagai tempoh dan detik akan kita tempuhi, namun tiada yang lebih indahdaripada perasaang bergantung harap kepada Allah. benua kehidupan terlaul luas dan menakutkan. banyak kejahatan juga berbagai kebaikan. moga Allah selamatkan kita semua dalam meneruskan kembara hidup."

banyak lagi ucapan dan pandangan beliau yang sangat menarik dan menyentuh hati saya tatkala membacanya terutamanya dalam isu poligami...dan juga puisi2nya yang indah datang dari hati...

smg Allah merahmati Ustaz dan semua yang membaca tulisan Ustaz itu...amin