Monday, April 24, 2006

Arah

Ya Allah

arah aku dalam kasih sayangMu

Ya Allah

arah aku lurus kiblatMu

Ya Allah arah aku sujud padaMu


sekerdil aku, tidak mampu menolak dugaan
segagah aku tidak mampu mengubah ketetapan
aku tidak punya kuasa
kecuali Dia memberinya

Tuhan
arahku ini, penuh ujian
redhakanlah hatiku menerimanya
sabarkan amarahku pada saat Engkau menimpanya

Tuhan
ampunkan aku
buat kesekian kalinya


- hari ni Opahwe meninggal dunia...semoga Allah limpahkan keampunan buatnya dan kematian itu sesuatu yang pasti..tiada siapa dapat menolaknya...

rindu pada Opah dan Tok yang telah lama pergi..semoga dapat aku ziarah tok di Baqi' nanti..
rindu pada Mak dan Abah walaupun mereka berada disisiku kini
rindu pada Ati, Ammar, Imah, Azim dan Adib...semoga kalian sejahtera hendaknya..
rindu pada seseorang yang telah lama tiada...dah minta izin pada bondanya untuk buat umrah untuk dia...semoga hadiah itu dapat melerai segala kesilapanaku padanya semasa hayatnya...

Tuesday, April 11, 2006

'Lepaskan Kembali Aku Ke Laut'

Lepaskan Kembali Aku Ke Laut adalah novel 3 jilid yang ditulis oleh Shaari Isa.
Novel ini telah ku baca mulai dari alam kanak-kanak lagi..
terlalu besarnya erti novel ini dalam hidupku. bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan novel ini cetakan terbaru di DBP dengan harga RM60 satu jilid... tapi sapa yang ada rakan dewan DBP boleh dapat diskaun...

baik untuk peminat atau penggemar novel sosial dan sejarah kerana novel ini padat dengan fakta2 sejarah Malaysia sejak sebelum, menjelang, semasa dan selepas merdeka..

watak utama : Izma, Usmal Asmat, Kazman, Jasin, Julas, Melor, Bainun, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Pres Sukarno, Wan Zaleha, Wan Abdullah.. and many more...

semoga penulisnya sukses selalu...

'.....Izma itu terlalu benar miripnya dengan diriku...'

Thursday, April 06, 2006

umrah

jadual penerbangan umrah untuk bulan 5 sahaja :

21 mei-2 jun : yemen airline ( transit san'a )
23 mei- 6 jun : royal jordanian ( amman )
26 mei - 6 jun : saudi airline (jeddah)
27 mei -10 jun : egypt airline (cairo )
28 mei-12 jun : saudi airline (madinah)
28 mei - 8 jun :india airline(bombay)
30 mei - 13 jun : gulf airline(bahrain)
31 mei-11 jun : india airline(bombay)

semua seat hampir penuh...most probably i'll go for umrah with yemen airline..cannot imagine how i can handle 49 person until they will arrive jeddah...
and hopefully sempat mengahadiri majlis perkahwinan kak Ida pada 3 Jun ini...

1o hb nie pindah ke rumah sendiri...belum bersedia untuk hidup sendiri but i'll have more privacy later.. still thinking either want to buy atoz or just kancil...

hidup satu perjuangan...pak cemi kata, Nabi Muhammad pernah bersabda, 'aku hairan kenapa masih ada manusia yang kecewa sedangkan segala yang berlaku itu telah berada dalam qadha' dan qadar Allah' itulah yang mesti dipraktiskan...

Ya Allah...jangan biarkan aku jauh dariMu
Ya Allah...bimbingkan aku agar sentiasa berada dalam redhaMu

Amin